Khamis, 22 Disember 2011

Anak Yatim

Hatiku mudah tersentuh bila melihat anak-anak yatim/yatim piatu, selalu yang aku jumpa ialah anak-anak yang sering menjual buku/cd/kelendar/balm dan sering menunggu di luar pintu masuk bank-bank. Aku suka bertanya dari mana mereka datang, dan boleh dikatakan semua yang aku jumpa itu dari sekolah-sekolah agama persendirian atau dari rumah anak-anak yatim.

Mereka ditugaskan secara giliran untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan sekolah dengan cara menjual produk-produk tersebut. Maksud aku bukanlah menjadi tugas utama mereka untuk mencari perbelanjaan sekolah tetapi merupakan satu latihan untuk mendidik mereka agar lebih bertanggungjawab dan boleh berdikari. Aku selalu mendengar orang ramai mempertikaikan tentang kesahihan dan kebenaran yang diberikan kepada mereka.

Bagi aku mudah, kalau kita niat nak membantu mereka, bantulah dengan seiklas hati..tak ada banyak bagilah sedikit, sekurang2nya kita tak menghampakan mereka dan kita tahu mereka berusaha untuk kepentingan sekolah mereka, mereka adalah insan-insan yang perlu dibantu. Bantuan kita besar ertinya pada mereka. 

Mereka juga punya keinginan seperti anak-anak lain yang sempurna, nak apa semua boleh dapat tp apakan daya takdir mereka sebagai anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya dan terpaksa menumpang kasih di mana mereka ditempatkan, sebagai seorang muslim/muslimah tidak rugi jika kita membantu mereka.

Jika diteliti tidak banyak peruntukan yang disediakan oleh pihak2 berwajib untuk mereka hingga menyebabkan mereka terpaksa berusaha sendiri. jadi kalau kita ada rezeki lebih , bantulah mereka..kerana sesungguhnya rezeki yang kita perolehi bukanlah untuk kita seorang, tetapi untuk dibahagi-bahagikan dengan mereka yang memerlukan.