Khamis, 26 Januari 2012

Seram

sesungguhnya benarlah kata orang duit ni memang berhantu...korang percaya tak? aku percaya ..buktinya..

2 hari lepas aku tengok duit aku banyak tetiba ari ni tengok dah surut..eh eh..mana perginya?

2 ari lepas purse aku tebal je tetiba ari ni dah makin nipis..peliklah..

2 hari lepas aku tengok banyak duit kaler2 biru2 cam tu tetiba ari ni banyak la kaler merah2 dgn hijau dgn biru yang lain macam sikit tu...eh konpius lah..


adakah umah aku ada toyol yang telah mencuri duit aku? 

atau.....

ada orang minyak yang masuk secara menyelinap dan menarik duit aku sekeping..sekeping..sekeping...

atau..

ada orang yang memukau aku dan membuatkan aku menyerahkan duit kepadanya secara rela dalam paksa?  


ahhhh...tidakkkkk...


ohhhh...aku rasa nak pengsan lah....tetapi..antara nak pengsan tak pengsan ni aku cam tetiba teringat bayang2 shopping komplek, tesco..pacific..makan2, beli baju..itu ini..bla..bla..bla....tapi bagi aku itu hanyalah igauan je ..igauan.....

betullahhh...duit ni memang berhantu..sebab.. tetiba je aku jadi seram sejuk, rasa cam nak pitam.. berdiri bulu roma...menggigil ala demam kura2 lebih2 lagi bila teringatkan banyak bil2 yang belum settle lagi.....uwwaaaaaa....


heee.....serammmm......



















 

Rabu, 25 Januari 2012

Dalam sakit ada bahagia

Hari ni aku rasa agak serabut sikit, dengan senak ulu hari, kepala berdenyut, sakit lutut (eh cam orang tua lak..) rasa cam nak deman pun ada, aku taktau la kenapa, kalau sakit tu semua datang serentak..tp..err..tak baik merungut kan, sihat dan sakit kerja Dia..

cuma sebagai manusia biasa aku cuma nak bercerita, aku rasa aku perlu meluahkan...



Dalam simpang siur ketidakselesaan itu, antara sakit dan semangat untuk bekerja aku gagahi juga, buat cam takde ape2..hehe..kata orang meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang, tapi kenapa rajukku tak dipandang,..aduh.sedih.. tp aku bersyukur, walaupun aku bukan dari golongan yang terpilih namun Allah swt masih sayangkan aku, kerana dalam perasaan yang bercampur baur, jauh di sudut hati Dia hadirkan aku rasa bahagia...bahagia...yang sukar untuk aku jelaskan, hatiku rasa kembang dan lapang, aku senang dengan apa yang aku lakukan..walaupun aku tak dapat apa yang aku nak..tp aku bersyukur, pernahkah korang rasa camtu?

Moga perasaan ini berlarutan dalam melewati penghujung hari ini..jap lagi aku bakal disibukkan pula dengan riuh rendah si kecik dan si besar kat umah..rutin seharian aku ,,gawat lagi umah aku malam ni, camada 10 orang ok..hehe..

ok bye..

Khamis, 19 Januari 2012

Cerita Tersembunyi...

17/1/2012

Situasi :    perbualan suami dengan isteri muda., suami baru balik dari KL dan dah nak sampai balik ke rumah isteri tua.

Suami :  Ayang..hari ni abang tak boleh balik lg, abang letih sangat drive balik dari KL, tak terdaya rasa badan ni...abang balik esok ye...

Isteri :  Ye ke..takpe, abang rehatlah, yelah drive jauh2 tu mmglah penat. abang rehat dulu, esok lah abang balik k..


si isteri sentiasa bersikap prihatin, sebolehnya cuba memahami masalah si suami dan tak ingin membebankan suami yang tersayang. 




18/1/2012


si isteri menunggu panggilan telefon dari si suami dengan penuh harapan, seronok, dan kat fikiran berputar ligat apa yang dimasakkan untuk menjamu suami hari ini,..dalam otak sibuk dok mengatur, balik kerja pukul 5.30 , tung tang tung tang..pukul 6.00 ,ambik si kecik dan kakanya kat umah pengasuh, terus ke kedai beli barang2 sambil kilik anak, balik rumah, sambil2 kepung si kecik sambil2 masak.., masak ringkas pun takpe..janji kena rai suami nak balik..kat 2 minggu dah tak jumpa suami, almaklumlah suami sibuk..


petang..jam 6.30..suami call, berbual lebih kurang, itu ini begitu begini..bla bla bla bla bla bla keje.bla..bla.bla anak.bla..........bla bla kenduri bla bla bla accident bla.bla..bla.bla.bla.......................bla bla bla bla bla bla.bla..bla.bla.bla.

isteri: abang, mlm ni abg ada program tak...(ececeh...gedik la..konon2 malu la nak direct..sbnrnya nak tanya bila si suami tu nak balik, pukul brp nak sampai, nak dengarlah si suami bgtau sendiri kan.)

suami  : oh..malam ni abg ingat nak exercise la, dah lama abang tak exercise..badan pun dah lenguh2 ni..

isteri  :  tiba2 jadi bengong sekejap......nak maki ke, nak nangis ke..atau  nak meraung sekuat-kuat ati ni? dan tetiba..dgn suara yang lunak merdu..   oh ye ke? takpelah....bla bla.bla..bla.bla.bla.......................bla bla bla bla bla bla.bla..bla.bla.bla.
ok. bye abang...assalammualaikum...muah..muahhh..

err....aku nak tanya ,.,.korang boleh cam tu?????????????
*
*
semalam ada program dunia tersembunyi...korang nak tau tak aku pun ada..tapi bukan dunia tersembunyi tapi cerita tersembunyi,...

cerita dua alam

geng jahat : BABI PUNYA LAKI, ANAK HARAM , PELAQ, BUTUH, JANJI CAM TOOOOOOOTTTT....AWAT HG DAH NYANYUK KA, LUPA KA, BODO KA, CAKAP TAK SERUPA BIKIN, AWAT HG INGAT HG HEBAT SANGAT,  INGAT AKU NI TONGKOL KAYU, BENGONG, TAK RETI NAK PROTES, JAHANAM, BOLEH BLAH!!!!!!!

geng baik :  SABAR!!!! MASA NI LAH KAU KENA SABAR, NI SEMUA UJIAN UNTUK KAU..JGN MELENTING, KALAU KAU MELENTING SETAN DAN IBLIS SUKA SANGAT, TAKDE MENDE LAH NANTI SUAMI KAU BALIK LAH, KALAU KAU MELENTING NANTI JADI PANJANG CITER, KAU PUN TAK SERONOK, TENTION..DIA ADA HAL LAH TU....OK, COOL.COOL...

+++++++++++----------------------////////////xxxxxxxxxxxxxxxxx==========================
%%%%%*****(((((((((((((&&&&&&&


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
OK..AKU PILIH GENG BAIK!!! AMIN...

Rabu, 18 Januari 2012

macam tu pun ada?

Suatu hari seorang kawan datang , dalam berbual-bual kosong tu dia ada bercerita tentang kerenah kawan2 ofis dan staff bawahannya. (kawan aku ni kakitangan kerajaan). Dia cakap kebanyakkan staffnya malas buat kerja, culas, kalau disuruh buat sesuatu banyak alasan, banyak soalan seolah2 baru masuk kerja 2,3 hari.. dan kalau buat pun tidak memuaskan hati. (aku akui kawan aku ni seorang yang memang rajin bekerja dan kalau buat kerja dia buat sungguh2). Pendek kata hari cuti pun dia pi ofis lah..


Dia cakap dia dah letih dah dengan sikap kawan2 pejabat dan staff dia, semua serupa..bab kerja malas,hujung bulan nak amik gaji je..


jadi kesimpulan dari itu , sempena 2012 ni dia dah tanam satu azam..(katanya dalam penuh semangat dan aku yang mendengar pun penuh semangat juga,) aku rasa aku tau apa yang dia nak katakan..mesti dia nak kasi report yang tak elok pasal staff dia tu agar mereka terima balasan yang setimpal di atas kemalasan mereka tu (sebab selama ni dia dok cover budak2 tu...) tapi aku tanya juga lah..apa azam tu.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tahun 2012 ni saya berazam,..saya pun nak jadi macam depa....

erkk...macam tu pun ada???????!!!!

Khamis, 12 Januari 2012

setiap manusia diuji

aku sedang diuji..kita hanya manusia biasa, ada masa kita boleh menghadapi dugaan yag menimpa, ada masa kita rasa lemah sangat..semangat kita pun down.

kelmarin aku mendapat berita drp kak na, bos dia taknak sign borang penjamin tu. aku pun rasa pelik..dah tuan punya badan pun dah setuju nak jadi penjamin kenapa pula orang yang hanya nak mengesahkan je pula tak nak sign borang  tu? apakah kaitannya? boleh pulak... adakah prosedurnya mmg macam tu?  aku benar2 tak faham.

jadi pagi aku cuba submit juga permohonan tu dengan menggunakan seorang je penjamin (klu ikutkan kena 2 orang) tp..Ya Allah..dugaan apakah ini, permohonan aku tak lepas juga. alasannya  penjamin tu tak layak.., sebab adik ipar aku yang jadi penjamin tu dari badan beruniform, diaorang nak yang pangkat pegawai ke atas sedangkan adik ipar aku koperal je. kenapa tak bagitau awal2 syarat dan kriteria tu, ni tak.. cakap, klu kakitangan kerajaan semua boleh., bila kau dah usaha sampai ke tahap ni baru nak bagitau.

Aku tetiba jadi blur kejap..frust, tention, sedih, rasa nak nangis..mcm2 perasaan...yg pasti aku mmg FRUST!!!


akhirnya.. satu kesimpulan yang boleh aku buat..apa pun keadaan dan penyebabnya, mungkin tak ada rezeki aku untuk buat pinjaman tu. mungkin ada kebaikan di sebalik semua ni..tp terus terang aku cakap..aku sangat2 frust.....sebab sememangnya aku mengharap! demi untuk suatu usaha yang telah aku bina, dengan penuh azam dan matlamat bahawa tahun ini aku ingin meningkatkan prestasi syarikat agar lebih success, merealisasikan peluang2 yang bakal aku perolehi..tiba2 jadi macam ni..

apa lagi peluang yang aku ada? aku dah cuba banyak saluran tapi  apa daya ku..banyak sangat karenah birokrasi sekarang ni..kalau ikutkan mmg aku dah patah hati ..tp aku kena kuatkan semangat , bahawa ini bukanlah penyudahnya..jalan aku masih jauh.dan sesungguhnya kau tak boleh 'jatuh'..

ok..lepas ni aku kena cuba check2 peluang2 lain, sbb kalau ada rezeki aku,pasti tak ke mana

Khamis, 5 Januari 2012

cirit birit

kelmarin satu hari cik mah cirit birit dan muntah2. dari awal pagi hingga menjelang ke malam..asyik munnntaahhh, asyik ciiiiriitt je..sampai lembik badan cik mah.

cik mah bgtau la cik mat konon2 minta simpati tapi cik mat cuma cakap....kesiiiann....kesiiannn..itu je. tak suke tau, kurang2nya cik mat bawa la cik mah pi klinik ke, pi amik ubat kat farmasi ke. ni cik mah kena pi sendiri ..sedeyy tau, sambil sebelah tangan kilik anak, sebelah lagi pegang anak yang sorang lagi, dan dalam keadaan yang sangat lemah cik mah gagah juga pi farmasi. sampai ati cik mat...tp takpa cik mah cool je, cik mah redha. cik mah cuma nak luahkan tp taktau pada siapa dan bagaimana, hanya di sini lah tempatnya.

cik mat ..nanti kalau cik mat cirit birit, kalau cik mat bagitau cik mah, cik mah akan bagi ubat ye, ..cik mah  bagi julap! heheh....