Sajak ini aku ambil dari sebuah novel , entah betul atau tidak susunan ayat2nya kerana aku pun dah ingat-ingat lupa.Tapi aku minat sangat dengan bait-baitnya..begitu menyentuh perasaan aku..
(DI BENING SINAR MATAMU)
Di bening sinar matamu
Ku lihat kasih berbunga rindu
Menyelimuti rahsia diri
Pada sebuah pelabuhan kehidupan yang murni
Maafkan aku sayang
Kiranya harapanmu kandas
Untukku jadikan kenyataan
Aku tidak berdaya melawan takdir
Aku terpaksa pergi sayang
Mencari sebuah kebahagiaan
Yang tidak dapat ku berikan padamu
Ku cuba menoleh kembali
Pada hari-hari yang pergi
Hari-hari yang kelam dan suram
Ada luka dan airmata
Mengalir dan menitis
Mengiringi perjalanan hidupku
Ku tahu kau masih menyayangi diriku
Dengan jalinan cinta yang tak pernah layu
Persis uda sayangkan dara
Persis majnun sayangkan laila
Persis romeo sayangkan juliet
Tapi sayang malang takdir melarang kita
Memupuk cinta syahdu
Bercengkerama di setiap waktu
Menghilangkan rasa rindu
Dan kini kau pergi
Membawa hati yang lara
Meninggalkan aku dimamah derita
Dan berendam airmata
Ku cuba menoleh ke depan
Pada hari-hari yang mendatang
Tetapi ianya kelam
Ianya suram
Ku mohon padamu tuhan
Memberi rahmat dan keberkatan
Untukku meneruskan perjalanan
Biarpun terpaksa hidup bersendirian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan