Tiba2 perut terasa lapar, nak makan takde satu benda pun
yang boleh membuatku kenyang. Buka peti
ais tgk apa yang ada..ada kucai, ada tauge, ada bilis..ok set..aku pun buat
jemput2 bilis.
Tengah makan sorang2 sebab anak2 belum balik dari ngaji., tiba2 aku teringat satu kisah, nak ketawa pun
ada..sedih pun ada. Ingat lagi masa tu
aku dengan rakan sekutu aku siapa lagi
kalau bukan makencikladyzul (kau tentu ingat
kan makencik hehe..) . kami tidur kat umah sorang kenalan kepada rakan kami. Adapun pada pagi tu dia jemputlah kami sarapan,
kami memang lapar pun sebab semalam pun makan gitu2 je maklumlah kat
umah orang kenalah control takkkan nak
melahap sangat kan.
Jadi kami yang tengah
lapar ni pun dalam malu2 kucing pi la ngadap meja makan…tengok2 yang ada
sepinggan jemput2 ikan bilis dengan air satu teko. Jemput2 tu ada la dalam 15
ketul kot..tapi dalam fikiran aku mesti ada lagi kat dapur kan...
Tuan rumah pelawa kami..makan lah jemput2 ikan bilis je, ok
lah itu pun rezeki juga kan . Sambil tu dia panggil suaminya minum sama tapi suaminya
sibuk buat ape ntah kat depan tu. Pastu dia cakap, makan lah tinggal sikit dah
la kat suaminya.. barulah aku tahu yang
itu je jemput2 yang ada, yang aku sangkakan ada lagi kat dapur tu meleset sama
sekali lah ..
Tiba2 dengar suara orang bagi salam, rupanya anak dia datang
dengan suami dan anak dia. jadi semua
orang ada lebih kurang 9 orang..jadi bayangkanlah dengan perut yang lapar kami
makan lah sorang dua ketul kot..kami ni jenis kalau makan lapik perut je pun mahu
sorang 20 ketul, dan kami kalau nak jamu
orang pun biarlah sampai puas hati… aku tengok makencik, makencik tengok aku,
sedih pun ada..bukan nak demand ..dah orang bagi makan bersyukurlah tapi... agak2 lah wey..
Perut kami bukan
takat nyanyi lagu keroncong lagi tapi dah bantai lagu rock dah..huhu nasib
badan.. naya wey..nak pergi makan kat
luar kami kat tempat orang nak cari kedai pun taktau kat mana, lagi pun takkan
nak bagitau tuan umah kami nak pergi makan kat luar nanti dia kecik ati pula.
Aku tahulah lain
orang lain perutnya mungkin setengah orang jenis makan tak banyak , ada juga yang jenis tak makan pagi tapi secara
logiknya boleh fikir kot kalau dah nak jamu orang tu..tak berbaloi wey, takkan depa jenis makan sarapan
jemput2 sorang seketul je kot.
Sampai ari ni setiap kali tengok jemput2 ikan bilis aku
mesti teringat ..kau teringat tak makencik..??
Apa yang aku nak sampaikan di sini sebagai peringatan untuk kita
semua, kalau nak jamu tetamu tu biarlah seikhlasnya biar tetamu kenyang dan
puas ati. Ingat ye adik2..jangan buat cam tu kat tetamu no..tak baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan