Isnin, 7 Mei 2012

Takde cerita dalam tv? meh aku nak cerita..

Semalam rumahku agak sunyi..agak pelik dari biasa. Yang kedengaran hanyalah jerit pekik anak2ku lily yang mengusik adiknya sarah, dan sarah pula of coz lah melontarkan vokalnya yang yang nyariiiiinnngggggg gitu..hingga menmbingitkan telingaku dan bisa membautkan tahi telingku cair....dan rengekan ngada2 anak kecikku alya yang demam.. Yang lansung tak kedengaran dan tak kelihatan ialah suara2 dan gambar2 dari  tv..kenapa? bukanlah sebab saluran elektrik di rumahku putus, bukan juga aku ingin menjimatkan elektrik dengan menutup tv, tapi .. ya sebabnya tv ku rosak haha.. padan muka kami..anak2ku siap membebel cakap boring .kejap2 merungut boring.kejap2 merungut boring..eleh, bebudak ni memanglah, apalah sangat setakat takde tv tu? setakat takleh tengok rancangan mentol tu.. itu baru tv rosak, korang tak merasa lagi zaman mama takde tv dulu  (eh eh zaman?.. apa ke tua sangat aku ni?  )

jap..jap mama nak buka lipatan sejarah..isk  isk..sebak lak..kesat2 airmata dulu2 kami ni susah, jangankan tv, letrik pun takde lagi, guna pelita minyak tanah tu je. tapi ok je, boleh je kami hidup cam biasa, belajar pun ok takde lah bengap sangat. Boleh je siapkan kerja sekolah, takde pula dengar kes rambut terbakar ke kening terbakar disebabkan pelita tu..Korang sekarang ni dok dalam lampu terang benderang 100 watt tu pun nak kena jerit 40-50 kali baru terkial2 nak buat keje sekolah. Korang skrg ni senang.. yelah sedar2 dah ada lampu, tak yah nak menggagau dalam kegelapan cam kami dulu..apa taknye, time minyak kering pelita pun padam..(tetiba aku teringat cam satu lagu nasyid tu, ape ke tajuknya tak ingat lah..eh2 balik ke topik asal..) bila jaga je gelap ..mulalah menggagau nak ke dapur nak isi balik minyak , nyalakan balik pelita tu. silap2 terantuk tiang benjol kepale..huhu..

Citer bab tv lak, kiranya sape dalam kampung tu yang ada tv dia hebatlah. Anak2 dia leh eksyen dengan kengkawan . Aku dulu jarang mak bapa nak lepaskan pergi tengok tv rumah orang. Yelah cam mengganggu kedamaian orang  lak kan..tapi kalau dapat sesekali tengok tu rasa puas sangat, kalau dapat tengok pun citer melayu atau hindustanlah. Dulu tu kalau dah boleh tengok citer enam jahanam pun dah cam tahap nengok citer titanic dah hahaha..

Anak2 sekarang tak rasa zaman dapur kayu dgn zaman seterika arang. pagi2 nak pergi sekolah kena masak dulu ko...buat sarapan utk ayahanda terchenta (mak aku dah takde masa tu) tak kira lah roti canai ke, cucoq kembung ke (tempat lain aku taktau panggil apa tapi aku panggil tu lah, nak buat dia kena uli2 cam roti canai gak, biar jap..pastu potong2 goreng, dia akan jadi kembung2)  ataupun buat apom kukus. Arwah bapa aku dulu tak minum di kedai jadi setiap hari kena sediakan makan pagi..hari2 aku buat sarapan. Yang lain aku tak ingat , yang aku ingat tiga tu lah yang selalu aku buat...time nak buat roti canai lah yang paling bengkek sekali, apa taknya malam2 dah dak kena uli tepung pagi2 nak kena canai dan bakar, dapur lak dapur kayu ingat senang ke nak hidupkan api dapur kayu tu..kena pula api taknak nyala..kes kayu tak berapa nak kering ..,mau nangis aku. Mana dengan kalut nak pergi sekolah lagi..tapi boleh juga aku buat! ish begitu kentalnya semangat aku waktu tu kan..ya, malaysia boleh!!!. kalau ingat2 balik sekarang ni tak sanggup aku. dah tu pula dapur tu lepas guna kena padamkan api betul2 takut ada lagi bara, boleh menyala balik kang terbakar lak umah. Silap2 aribulan time tengah renjis air nak padamkan api tu , berterbangan abu tu kat aku yang dah siap berbaju sekolah ni.. baju putih kan..korang bayangkan lah..boleh histeria dibuatnya.
 
Bila teringat bab seterika baju lak..lagilah.. Guna seterika arang you..nak kena bakar arang dulu isi dalam seterika, seterika tu lak letak atas tudung periuk  yang dialas dengan berhelai2 daun pisang. Kena pastikan baranya sentiasa cantik,  bila baranya kurang sesekali kena kipas kasi keluar abunya baru bara dia cantik dan seterika tu panas elok, barulah boleh seterika baju dengan jayanya.  Time ni kena hati2 sebab....silap2 aribulan ada bara yang melayang dan hinggap di atas baju yang nak diseterika tu..masak ko....menangis air mata darah lah jawabnya..Tapi tu lah, kot mana susahpun baju sentiasa kemas dan bersih, taknak lah baju kedut2 malu kat kawan2. Budak2 sekarang nak suruh buat cam tu? mau nya melutut minta ampun cam dalam cerita ibu mertua ku lah jawabnya...

Bila kenang2 balik betapa berharganya nostalgia itu, menjadikan kami anak2 yang kental semangat dan tahu erti kesusahan. kami begitu menghargai kehidupan ini. kadang2 aku terfikir.bagaimana untuk membuatkan anak2 kita memahami erti kesusahan,  biar mereka lebih menghargai kehidupan ini. Aku melihat anak2 sekarang terlalu manja dan terlalu alah pada kesusahan, jangan kata benda lain..nak jalan kaki ke kedai depan rumah pun merungut, tayar basikal pecah pun dah macam dunia nak kiamat, takde semangat mandiri, jatidiri dan berdikari langsung. Tak sama macam aku dulu yang berjalan setiap hari 10 km pergi balik ke pekan, pastu dari pekan baru naik bas pergi sekolah 15 km lagi..

Jadi..anak2ku..masa sekarang ni lah korang nak belajar erti kesusahan yang seciput je tu. Takde tv je anak2...bukan takde makan.  Tetiba teringat lak time dulu2 nak makan pun susah..iskk..isk...dah lah, tak sanggup nak mengalikrkan airmata ni lagi.. cukup lah sampai di sini dulu..hingga bertemu lagi di lain siaran..babai.....


Khamis, 19 April 2012

16 Kebaikan Sujud Dalam Solat

Sekadar untuk renungan bersama.


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

(sumber dari http://www.harian-metro-online.com/16-kebaikan-sujud-dalam-solat)

Isnin, 9 April 2012

Biawak oh biawak

Percayakah anda seekor binatang yang bernama biawak mampu membuat seorang manusia menahan kencing dan berak.

kenapa?

buktinya..

aku dan opismate aku dah kat 4 jam menahan kencing dan berak (sorang nak terkucil sorang nak terbarai isi perut) sebabnya kat jamban kami tu ada seekor biawak yang dah menjadikan jamban kami tu tempat permastautinan tetap dia..(ni mesti kes dia nak skodeng kami neh....cisss...)

aku mencik betullah..kok ya pun carilah tempat lain kau nak landing..eh binatang betullah biawak ni..memang binatang pun hehe..

Taktau ka kami dua orang ni ada kes kecemasan, kalau terbabas sape nak bertanggungjawab? ha? jawab!!

Diaorang yang buat premis ni pun satu hal, yang korang buat jamban kat luar tu apehal? menyusahkan betullah..aku rasa cam nak saman la, err boleh ke?

aduhhh..camne ni..marah marah juga aku ni dah tak tahan ni..dah puas kepit dah ni.. aku nak terkucil ni...tolong..


korang tak kenal menatang biawak tu? ha ni aku nak kenalkan..

 


ni gambo ehsan google..
tapi biawak kat jamban tu adik beradik cam gambar di atas ni lah. cuma kecik sikit la, pangkat adik bongsu kot..muahahahha....