Isnin, 9 April 2012

Biawak oh biawak

Percayakah anda seekor binatang yang bernama biawak mampu membuat seorang manusia menahan kencing dan berak.

kenapa?

buktinya..

aku dan opismate aku dah kat 4 jam menahan kencing dan berak (sorang nak terkucil sorang nak terbarai isi perut) sebabnya kat jamban kami tu ada seekor biawak yang dah menjadikan jamban kami tu tempat permastautinan tetap dia..(ni mesti kes dia nak skodeng kami neh....cisss...)

aku mencik betullah..kok ya pun carilah tempat lain kau nak landing..eh binatang betullah biawak ni..memang binatang pun hehe..

Taktau ka kami dua orang ni ada kes kecemasan, kalau terbabas sape nak bertanggungjawab? ha? jawab!!

Diaorang yang buat premis ni pun satu hal, yang korang buat jamban kat luar tu apehal? menyusahkan betullah..aku rasa cam nak saman la, err boleh ke?

aduhhh..camne ni..marah marah juga aku ni dah tak tahan ni..dah puas kepit dah ni.. aku nak terkucil ni...tolong..


korang tak kenal menatang biawak tu? ha ni aku nak kenalkan..

 


ni gambo ehsan google..
tapi biawak kat jamban tu adik beradik cam gambar di atas ni lah. cuma kecik sikit la, pangkat adik bongsu kot..muahahahha....

Tiada ulasan: