Semalam rumahku agak sunyi..agak pelik dari biasa. Yang kedengaran hanyalah jerit pekik anak2ku lily yang mengusik adiknya sarah, dan sarah pula of coz lah melontarkan vokalnya yang yang nyariiiiinnngggggg gitu..hingga menmbingitkan telingaku dan bisa membautkan tahi telingku cair....dan rengekan ngada2 anak kecikku alya yang demam.. Yang lansung tak kedengaran dan tak kelihatan ialah suara2 dan gambar2 dari tv..kenapa? bukanlah sebab saluran elektrik di rumahku putus, bukan juga aku ingin menjimatkan elektrik dengan menutup tv, tapi .. ya sebabnya tv ku rosak haha.. padan muka kami..anak2ku siap membebel cakap boring .kejap2 merungut boring.kejap2 merungut boring..eleh, bebudak ni memanglah, apalah sangat setakat takde tv tu? setakat takleh tengok rancangan mentol tu.. itu baru tv rosak, korang tak merasa lagi zaman mama takde tv dulu (eh eh zaman?.. apa ke tua sangat aku ni? )
jap..jap mama nak buka lipatan sejarah..
isk isk..sebak lak..kesat2 airmata dulu2 kami ni susah, jangankan tv, letrik pun takde lagi, guna pelita minyak tanah tu je. tapi ok je, boleh je kami hidup cam biasa, belajar pun ok takde lah bengap sangat. Boleh je siapkan kerja sekolah, takde pula dengar kes rambut terbakar ke kening terbakar disebabkan pelita tu..Korang sekarang ni dok dalam lampu terang benderang 100 watt tu pun nak kena jerit 40-50 kali baru terkial2 nak buat keje sekolah. Korang skrg ni senang.. yelah sedar2 dah ada lampu, tak yah nak menggagau dalam kegelapan cam kami dulu..apa taknye, time minyak kering pelita pun padam..(tetiba aku teringat cam satu lagu nasyid tu, ape ke tajuknya tak ingat lah..eh2 balik ke topik asal..) bila jaga je gelap ..mulalah menggagau nak ke dapur nak isi balik minyak , nyalakan balik pelita tu. silap2 terantuk tiang benjol kepale..huhu..
Citer bab tv lak, kiranya sape dalam kampung tu yang ada tv dia hebatlah. Anak2 dia leh eksyen dengan kengkawan . Aku dulu jarang mak bapa nak lepaskan pergi tengok tv rumah orang. Yelah cam mengganggu kedamaian orang lak kan..tapi kalau dapat sesekali tengok tu rasa puas sangat, kalau dapat tengok pun citer melayu atau hindustanlah. Dulu tu kalau dah boleh tengok citer enam jahanam pun dah cam tahap nengok citer titanic dah hahaha..
Anak2 sekarang tak rasa zaman dapur kayu dgn zaman seterika arang. pagi2 nak pergi sekolah kena masak dulu ko...buat sarapan utk ayahanda terchenta (mak aku dah takde masa tu) tak kira lah roti canai ke, cucoq kembung ke (tempat lain aku taktau panggil apa tapi aku panggil tu lah, nak buat dia kena uli2 cam roti canai gak, biar jap..pastu potong2 goreng, dia akan jadi kembung2) ataupun buat apom kukus. Arwah bapa aku dulu tak minum di kedai jadi setiap hari kena sediakan makan pagi..hari2 aku buat sarapan. Yang lain aku tak ingat , yang aku ingat tiga tu lah yang selalu aku buat...time nak buat roti canai lah yang paling bengkek sekali, apa taknya malam2 dah dak kena uli tepung pagi2 nak kena canai dan bakar, dapur lak dapur kayu ingat senang ke nak hidupkan api dapur kayu tu..kena pula api taknak nyala..kes kayu tak berapa nak kering ..,mau nangis aku. Mana dengan kalut nak pergi sekolah lagi..tapi boleh juga aku buat! ish begitu kentalnya semangat aku waktu tu kan..ya, malaysia boleh!!!. kalau ingat2 balik sekarang ni tak sanggup aku. dah tu pula dapur tu lepas guna kena padamkan api betul2 takut ada lagi bara, boleh menyala balik kang terbakar lak umah. Silap2 aribulan time tengah renjis air nak padamkan api tu , berterbangan abu tu kat aku yang dah siap berbaju sekolah ni.. baju putih kan..korang bayangkan lah..boleh histeria dibuatnya.
Bila teringat bab seterika baju lak..lagilah.. Guna seterika arang you..nak kena bakar arang dulu isi dalam seterika, seterika tu lak letak atas tudung periuk yang dialas dengan berhelai2 daun pisang. Kena pastikan baranya sentiasa cantik, bila baranya kurang sesekali kena kipas kasi keluar abunya baru bara dia cantik dan seterika tu panas elok, barulah boleh seterika baju dengan jayanya. Time ni kena hati2 sebab....silap2 aribulan ada bara yang melayang dan hinggap di atas baju yang nak diseterika tu..masak ko....menangis air mata darah lah jawabnya..Tapi tu lah, kot mana susahpun baju sentiasa kemas dan bersih, taknak lah baju kedut2 malu kat kawan2. Budak2 sekarang nak suruh buat cam tu? mau nya melutut minta ampun cam dalam cerita ibu mertua ku lah jawabnya...
Bila kenang2 balik betapa berharganya nostalgia itu, menjadikan kami anak2 yang kental semangat dan tahu erti kesusahan. kami begitu menghargai kehidupan ini. kadang2 aku terfikir.bagaimana untuk membuatkan anak2 kita memahami erti kesusahan, biar mereka lebih menghargai kehidupan ini. Aku melihat anak2 sekarang terlalu manja dan terlalu alah pada kesusahan, jangan kata benda lain..nak jalan kaki ke kedai depan rumah pun merungut, tayar basikal pecah pun dah macam dunia nak kiamat, takde semangat mandiri, jatidiri dan berdikari langsung. Tak sama macam aku dulu yang berjalan setiap hari 10 km pergi balik ke pekan, pastu dari pekan baru naik bas pergi sekolah 15 km lagi..
Jadi..anak2ku..masa sekarang ni lah korang nak belajar erti kesusahan yang seciput je tu. Takde tv je anak2...bukan takde makan. Tetiba teringat lak time dulu2 nak makan pun susah..iskk..isk...dah lah, tak sanggup nak mengalikrkan airmata ni lagi.. cukup lah sampai di sini dulu..hingga bertemu lagi di lain siaran..babai.....