Isnin, 9 April 2012

9 Tips untuk disayangi mertua dan suami (khusus untuk pengantin baru)

Pengantin dulu dengan sekarang berbeza sangat. Orang dulu kalau nak kahwin mereka dah cukup persediaan untuk jadi isteri orang dan menantu orang. Belajar selok belok rumah tangga dan hal-hal dapur. Belajar memasak , orang perempuan ni kalau tak pandai memasak alamatnya kuranglah markahnya di mata mertua.

Memandangkan kadar kesopanan, keterelan dan kecerdikan pengantin sekarang ni yang makin hampehs maka akak dengan rela hati dan semangat waja nak kasi tips yang boleh diguna pakai oleh mereka-mereka yang baru kahwin..(untuk perempuan je ye.)

Yelah akak paham bukan senang nak menyesuaikan diri dengan family baru, tapi takpe amalkan tips-tips yang akak bagi ni insyallah peratus untuk menjadi menantu dan isteri kesayangan tu tinggi okeh.

Tips-tips ni khusus untuk pengantin baru je , pengantin lama tak masuk senarai, korang dah expert dah..pi main jauh2..

1) First sekali adab sopan kena jaga, takkan itu pun tak reti kan. Tapi ada juga yang memang tak reti bahasa dan adab budaya. Kalau tetamu duduk kat bawah jangan pula korang duduk kat atas kerusi lak, tak sopan namanya tu., duduk lah kat bawah bersama-sama dengan diaorang..barulah nampak yang kita ni beradab.

2) Ringan-ringankanlah tulang untuk ke dapur, bantu apa yang patut cam cuci pinggan mangkuk ke, sapu sampah ke, kemas-kemas ke ..pendek kata apa yang korang rasa patut buat lah. Bila cuci pinggan tu pula  bunyi-bunyian yang terhasil dari lagaan pinggan mangkuk berlaga tu biarlah seminima mungkin ye, jangan pula hempas pinggan mangkuk tu prong prang proang prang cam orang lepas geram . 

3) Ringan-ringankan lah mulut tu untuk beramah mesra dengan sedara mara dan ipar duai korang. Sembanglah apa yang patut, yelah kita ni kan ahli baru mesti banyak benda yang kita tak tahu , mesti ramai ahli keluarga yang kita belum kenal jadi ramah-ramahkan lah diri tu. Akak tak suruh lah korang jadi kepoh nak tahu semua benda cuma biarlah kita ni nampak ramah dan mudah mesra, takde lah senyap je susah sangat nak buka mulut cam ada ketul mas dalam mulut tu. Percaya lah kalau korang asyik diam je..muka korang cantik pun orang nampak muram, kalaupun ari tu korang period dan dah sah-sah akan terlepaslah malam pertama tapi kalau korang pandai beramah mesra muka yang tak berapa cantik pun nampak manis dengan perilaku kita yang disenangi orang..

4) Kalau tak tahu kenalah bertanya sebab kata orang malu bertanya sesat jalan. Walaupun dalam kes ni korang tak sesat sebab duduk dalam rumah je tapi korang akan sesat dalam menemui penilaian yang baik oleh orang lain terutamanya mak/bapa mertua dan ahli keluarga yang lain.

5) Sebagai orang perempuan ni kot mana pun kena tahu juga hal-hal memasak ni. Tak pandai takpe tapi bila dah kawin ni kenalah minatkan diri untuk belajar, ambil tahu masakan kegemaran suami dan keluarga mertua. Minta mertua ajarkan masakan kegemaran suami, jangan rasa malu atau segan. Percayalah mertua korang mesti berbesar hati kalau korang buat macam tu, dia akan rasa dirinya dihargai bila kita minta tunjuk ajarnya tu. (Kalau boleh sebelum kahwin tu kalau yang tak pandai memasak tu belajar2 lah ). Akak takut kalau korang cuma tahu goreng telur dan sayur tumis air je, hari-hari asyik telur sayur, telur sayur lama-lama suami tengok muka korang pun dah macam sayur..uhuhuhu...
 
6)  Berkahwin ertinya korang kena menjaga hal-hal kebajikan suami  terutama dari seperti makan pakainya bukan hal-hal tempat tidur je. Kalau dulu kain baju suami mak dia yang basuh sekarang dah kahwin korang lah kena ambik alih. Penat tak penat kena lah buat dengan rela hati, jangan pula basuh kain baju sendiri je tapi baju suami dibiarkan. Suami pula sebab taknak dikata orang, basuh bajunya sendiri. Dah ada isteri sepatutnya suami lebih tenang dan bahagia ini tak,makin parah..akak cakap ni sebab ada kes-kes yang macam tu dik non...  

7) Kalaupun seorang isteri itu berkerjaya, sebolehnya sebelum pergi kerja tu siapkanlah sarapan untuk suami. Sekurang-kurangnya bancuhlah air siap2 dan hidangkan di meja, nanti suami bangun air dah tersedia.
Walaupun kita duduk dengan mertua janganlah dibiarkan mertua yang sediakan sarapan untuk suami tapi kita lah yang ambil alih peranan yang sebelum ini dilakukan oleh mertua. Percaya lah itu salah satu cara untuk membuat mertua lebih sayangkan kita. 

8) Kalau basuh baju tu, basuhlah semua yang ada di dalam raga baju kotor tu, tak kisah dalam tu ada baju sape, basuhlah semuanya. Jangan pula pilih-pilih baju kita je tapi baju-baju ahli keluarga lain kita asingkan, kecik ati dia orang. Bukan susah pun basuh dengan mesin kan, hanya di hujung jari...lagi satu akak nak pesan janganlah sekali-kali biarkan mak mertua basuh baju korang lebih-lebih lagi seluar dalam korang..sungguh tak beradab dan kurang sopan.

9) Begitu juga kalau kutip baju-baju yang dah kering di ampaian tu ,jangan pula baju kau,kau kutip, baju akau, aku kutip. Kutip dan lipat lah semua sekali, bukan susah pun. Ini semua perkara-perkara yang memberi pemarkahan yang baik terhadap kita, suami sayang, mertua sayang Allah s.w.t lagi sayang.

  
Cuba bayangkan kalau mertua senang dengan kita dia akan puji kita kat suami, dan secara tak langsung suami juga akan bangga mendapat isteri yang disenangi ibunya,dan sayangnya pada kita akan bertambah.

Tapi, kalau mertua tak sukakan kita, dia akan cerita keburukan kita kat suami, lama-lama suami pun akan menyampah kat kita betul tak..betul tak..

Jadi adik-adik yang baru mendirikan rumah tangga tu MESTI menitik beratkan hal-hal sebegini. Jangan ambil mudah tau, mertua mungkin takkan komplen kat kita tapi dia akan komplen di belakang kita, itu bahaya.

Ok adik-adik..ingat pesanan akak ye. Jangan lah anggap hal-hal cam ni  remeh tapi yang sebenarnya hal remeh temeh ni lah yang memberi kesan terhadap kita..percayalah..berapa banyak percaya daa.....

Hingga bertemu lagi di siri motivasi yang selanjutnya ..renung renungkan..tata....

Selasa, 3 April 2012

Aksi seorang stuntgirl

Tajuk    :   Aktiviti memanjat & meniti & merayap & terjun atas 
                 sofa buruk  mama..ngeh ngeh..
Lokasi   :   umah mama
Waktu   :   Hari mama cuti (saje taknak kasi can mama rehat)
Umur stuntgirl  : 9 bln +++ nak mencapai 10 bulan..yeh yeh..
Jantina   :   eh eh stuntgirl kan..mestilah gegirl


Dengan badan terketaq-ketaq dan kembang hidungnya saya mempersembahkan aksi terbaru saya, sila saksikan  :


mula2 adjust kedudukan..usha2 kot2 mama nampak..



ok line clear..lets start..aduh..aduh..mencabar juga neh..






go alya go....


yesss...akhirnya...
alamak kantoi mama nampak lak..hai ma...
(nak teruskan ke idak..terus ke idak...ahhhhh....alang2 menyeluk pekasam...)




aksi selanjutnya  jeng jeng..





yeah..akhirnya aku berjaya..
eh2 ada remote control la..layan sedap gak ni...rasa sikit alamak keras da..nasib baik tak tanggal gigi susuku nan lima batang neh..





thanks mama sebab bagi can kat alya..i lap u..esok boleh buat lagi..

Apa ada pada nama..

Malam kelmarin kak na datang umah, (kak na ni kakak angkat aku tp dah cam kak aku sendiri dah) . datang bawa cucu nya si Harith dah 6 bulan dah . Sejak lahir ni lah kali kedua aku tengok, comel dan montel sungguh, cerdik lagi..

Sebenarnya anak aku si Alya tu dah tido kat dalam buai tapi tengah2 kami bersembang dia pun terjaga, agaknya kami sembang kuat sangat kot. Tapi dok mamai lagi orang nak amik pun dia taknak.  Dalam pada tu kak na tersilap nak panggil nama alya tapi dia panggil sarah..(anak aku yg no 2) bayangkanlah dalam nada nak agah budak kecik tp panggil nama budak sarah yang dah lima tahun tu, tak ke tercengang2 sarah dibuatnya..

Pastu tersilap lagi buat kali kedua, nak panggil alya lagi  tapi panggil nama amsyar (anak aku yg no 3, ada kat kampung skrg ni)...cam ne leh keluar nama amsyar, agaknya kak na teringat kat dia kot.

Rasa kelakar lak..maklumlah anak ramai sampai nama pun tertukar2.

Pastu keluarlah cerita kak na, satu ari tu dia tersilap. Sebenarnya dia nak sapa anak jiran dia yang umur dalam 10 tahun camtu la..tak silap aku namanya haikal., . sepatutnya kak na panggil cam ginilah..haikal...

tapi tahu apa yang keluar dari mulut kak na?

Gordon!!!!

wahahahahha..tau gordon tu sape? penjual roti yang lalu petang2 naik motor tu daaa......

wahahahhahaha...lawak betul kak na ni..ayoyo..ada teringat sama gordon juga ka???

Ahad, 1 April 2012

Jadual diet saya

PAGI : nasi goreng (bekal dari umah) + selingan : samosa dan donut 2,3 ketul + kopi secawan


TENGAHARI : nasi campur (macam2 juga campur)


PETANG SUNTI : (petang sunti maksudnya tengahari menjelang ke petang, dalam pkl 3.00 lebih camtu) sambil2 layan bella makan samosa dgn donut balance pagi tadi dgn kopi secawan

PETANG DEWASA: pisang sarong rm5.00   ya rm5.00 ok. + share dgn kawan seperjuangan aku huh  lumayan..


akhirnya dapat juga aku makan pisang sarong setelah mengidam untuk ke 444 kalinya...nyum nyum nyum..dari minggu lepas lagi mengidam nak makan tp tak dapat2,  gerai tu asyik tutup la..pisang habis la..mcm2 lah..


bila dah kenyang tu...baru aku teringat oh oh..rupanya aku ni nak diet la....hua hua hua...dengan pola pemakanan yang sebegini boleh ke diet aku dijalankan? tolong la aku...

ntahlah, aku ni asyik lapooo  je, tengok tadi je cukuplah masa aku dok makan pisang sarong ,..sedar2 dah setengah dah aku makan...aku rasa lah penyebabnya ialah ikan kapi makencik


jangan lak korang heran kenapa tetiba je masuk bab ikan kapi ni? gini..tengahari tadi makencik telah membeli 10 ekor ikan kapi utk anak dara kesayangannya si farah tu, jadi tadi si penjual tu dah hantar kat sini. Sementara nak dibawa balik tu aku layan lah tengok kelincahan, keayuan dan kekaleran ikan2 ni..memang cantik..tapi itulah..aku rasa kecantikan ikan ni lah yang telah membuatkan aku terpesona dan terpukau sampai aku makan pisang sarong sampai tak hengat donia..tanpa sedar satu.....satu...pisang tu masuk ke mulut. eh dasat betul ikan neh..apa pendapat korang? sama tak cm pendapat aku? sama kan? haa..kan aku dah kata..

inilah ikan yang telah membuat aku terpukau  itu....  






eh dalam gambar ni tak nampak sangat sebab dok dalam botol lagi..tapi percayalah..ikan ni memang membuat aku terpukau..hingga makan dengan banyaknya tanpa sedar..



dan inilah pisang sarong yang telah menjadi habuan perutku dengan lahapnya..







aku makan pisang tu je lah, bunga tu aku tak makan ye..



pandangan dekat..sedap woh..

skrg ni aku dok fikir cam ne aku nak merealisasikan hasrat aku yang suci murni ni, aku nak diet tulunnnggg....
ada sesiapa ada idea?

Selasa, 27 Mac 2012

Alya dah besar dah..

hai semua..assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia..............

Ari tu saya rasa saya baru belajar nak alih2 badan, pastu eh eh dah boleh menyulur..(eh betul ke, menyulur? cam ulor la pulok..) best woh ..advance ..saya boleh pi mana2 je saya nak, ke dapur, bilik mama, bilik kakak, bawah kabinet tv..kadang2 saya terbabas sampai kat depan pintu, kalau mama tak cempung saya dah tentu saya makan kasut haha...

Pastu saya pandai lagi, saya dah boleh memanjat..tak percaya? percayalah...mula2 tu saya berdiri dengan bantuan mama atau kakak atau abi, tapi saya tak reti nak turunkan badan sebab tu banyak kali saya jatuh kepala saya terantuk kat lantai..sakit woh...pastu saya dah mula belajar angkat badan sendiri dengan berpaut pada sofa dan saya dah pandai juga turunkan badan ..masa tu saya baru 7 bulan gitu, dan sekarang saya dah 9 bulan dah terror panjat sofa..i like..


Tapi masalahnya saya reti naik je tak reti turun, can ne nak turun ek? saya pernah cuba nak turun sendiri tapi mama tak pernah bagi chance. dah lah penat nak panjat sofa satu hal,  elok je saya berjaya melonjakkan diri saya yang cikeding ini mama terus datang tangkap saya letak bawah..bahaya mama kata, nanti jatuh..abih cam ne saya nak terror..  

baru2 ni  saya terror lagi satu benda... jeng jeng saya dah pandai pegang botol susu..tara....lihat lah dunia....


ceh ..ceh....terror tak saya..


sebelah tangan pun bole....



kan saya dah kata....hehe...


oppsss..lupa nak bagitau, saya pun dah tumbuh gigi..2 kat bawah 2 kat atas, ni nak tumbuh satu lagi kat atas...tu lah pasal saya selalu gatal2 gusi..saya tak tahu nak buat cam ne. Pada satu hari saya lepak2 tengok tv dengan mama dan kakak lily dan kak sarah, tetiba saya rasa gatai sangat gusi ni..saya cuba gigit sesuatu, eh tak best lah keras je..hujung tikar rupanya patutlah...gigit kain lak pun cam tak stim je..tetiba saya nampak tangan mama yang berisi tu, geram je..tanpa disedari saya tergigit tangan mama..mama menjerit, aduh..sakit...

saya terkebil2..lah mana saya tau sakit rupanya ...hehe minta sorry mama...

oklah tak larat nak citer dah....tetiba lapo susu lak, jap ye nak nangis..nanti susu sampai la...(magic tak hehe..) uwwwaaaaaaa.......