aku sedang diuji..kita hanya manusia biasa, ada masa kita boleh menghadapi dugaan yag menimpa, ada masa kita rasa lemah sangat..semangat kita pun down.
kelmarin aku mendapat berita drp kak na, bos dia taknak sign borang penjamin tu. aku pun rasa pelik..dah tuan punya badan pun dah setuju nak jadi penjamin kenapa pula orang yang hanya nak mengesahkan je pula tak nak sign borang tu? apakah kaitannya? boleh pulak... adakah prosedurnya mmg macam tu? aku benar2 tak faham.
jadi pagi aku cuba submit juga permohonan tu dengan menggunakan seorang je penjamin (klu ikutkan kena 2 orang) tp..Ya Allah..dugaan apakah ini, permohonan aku tak lepas juga. alasannya penjamin tu tak layak.., sebab adik ipar aku yang jadi penjamin tu dari badan beruniform, diaorang nak yang pangkat pegawai ke atas sedangkan adik ipar aku koperal je. kenapa tak bagitau awal2 syarat dan kriteria tu, ni tak.. cakap, klu kakitangan kerajaan semua boleh., bila kau dah usaha sampai ke tahap ni baru nak bagitau.
Aku tetiba jadi blur kejap..frust, tention, sedih, rasa nak nangis..mcm2 perasaan...yg pasti aku mmg FRUST!!!
akhirnya.. satu kesimpulan yang boleh aku buat..apa pun keadaan dan penyebabnya, mungkin tak ada rezeki aku untuk buat pinjaman tu. mungkin ada kebaikan di sebalik semua ni..tp terus terang aku cakap..aku sangat2 frust.....sebab sememangnya aku mengharap! demi untuk suatu usaha yang telah aku bina, dengan penuh azam dan matlamat bahawa tahun ini aku ingin meningkatkan prestasi syarikat agar lebih success, merealisasikan peluang2 yang bakal aku perolehi..tiba2 jadi macam ni..
apa lagi peluang yang aku ada? aku dah cuba banyak saluran tapi apa daya ku..banyak sangat karenah birokrasi sekarang ni..kalau ikutkan mmg aku dah patah hati ..tp aku kena kuatkan semangat , bahawa ini bukanlah penyudahnya..jalan aku masih jauh.dan sesungguhnya kau tak boleh 'jatuh'..
ok..lepas ni aku kena cuba check2 peluang2 lain, sbb kalau ada rezeki aku,pasti tak ke mana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan