Isnin, 9 April 2012

9 Tips untuk disayangi mertua dan suami (khusus untuk pengantin baru)

Pengantin dulu dengan sekarang berbeza sangat. Orang dulu kalau nak kahwin mereka dah cukup persediaan untuk jadi isteri orang dan menantu orang. Belajar selok belok rumah tangga dan hal-hal dapur. Belajar memasak , orang perempuan ni kalau tak pandai memasak alamatnya kuranglah markahnya di mata mertua.

Memandangkan kadar kesopanan, keterelan dan kecerdikan pengantin sekarang ni yang makin hampehs maka akak dengan rela hati dan semangat waja nak kasi tips yang boleh diguna pakai oleh mereka-mereka yang baru kahwin..(untuk perempuan je ye.)

Yelah akak paham bukan senang nak menyesuaikan diri dengan family baru, tapi takpe amalkan tips-tips yang akak bagi ni insyallah peratus untuk menjadi menantu dan isteri kesayangan tu tinggi okeh.

Tips-tips ni khusus untuk pengantin baru je , pengantin lama tak masuk senarai, korang dah expert dah..pi main jauh2..

1) First sekali adab sopan kena jaga, takkan itu pun tak reti kan. Tapi ada juga yang memang tak reti bahasa dan adab budaya. Kalau tetamu duduk kat bawah jangan pula korang duduk kat atas kerusi lak, tak sopan namanya tu., duduk lah kat bawah bersama-sama dengan diaorang..barulah nampak yang kita ni beradab.

2) Ringan-ringankanlah tulang untuk ke dapur, bantu apa yang patut cam cuci pinggan mangkuk ke, sapu sampah ke, kemas-kemas ke ..pendek kata apa yang korang rasa patut buat lah. Bila cuci pinggan tu pula  bunyi-bunyian yang terhasil dari lagaan pinggan mangkuk berlaga tu biarlah seminima mungkin ye, jangan pula hempas pinggan mangkuk tu prong prang proang prang cam orang lepas geram . 

3) Ringan-ringankan lah mulut tu untuk beramah mesra dengan sedara mara dan ipar duai korang. Sembanglah apa yang patut, yelah kita ni kan ahli baru mesti banyak benda yang kita tak tahu , mesti ramai ahli keluarga yang kita belum kenal jadi ramah-ramahkan lah diri tu. Akak tak suruh lah korang jadi kepoh nak tahu semua benda cuma biarlah kita ni nampak ramah dan mudah mesra, takde lah senyap je susah sangat nak buka mulut cam ada ketul mas dalam mulut tu. Percaya lah kalau korang asyik diam je..muka korang cantik pun orang nampak muram, kalaupun ari tu korang period dan dah sah-sah akan terlepaslah malam pertama tapi kalau korang pandai beramah mesra muka yang tak berapa cantik pun nampak manis dengan perilaku kita yang disenangi orang..

4) Kalau tak tahu kenalah bertanya sebab kata orang malu bertanya sesat jalan. Walaupun dalam kes ni korang tak sesat sebab duduk dalam rumah je tapi korang akan sesat dalam menemui penilaian yang baik oleh orang lain terutamanya mak/bapa mertua dan ahli keluarga yang lain.

5) Sebagai orang perempuan ni kot mana pun kena tahu juga hal-hal memasak ni. Tak pandai takpe tapi bila dah kawin ni kenalah minatkan diri untuk belajar, ambil tahu masakan kegemaran suami dan keluarga mertua. Minta mertua ajarkan masakan kegemaran suami, jangan rasa malu atau segan. Percayalah mertua korang mesti berbesar hati kalau korang buat macam tu, dia akan rasa dirinya dihargai bila kita minta tunjuk ajarnya tu. (Kalau boleh sebelum kahwin tu kalau yang tak pandai memasak tu belajar2 lah ). Akak takut kalau korang cuma tahu goreng telur dan sayur tumis air je, hari-hari asyik telur sayur, telur sayur lama-lama suami tengok muka korang pun dah macam sayur..uhuhuhu...
 
6)  Berkahwin ertinya korang kena menjaga hal-hal kebajikan suami  terutama dari seperti makan pakainya bukan hal-hal tempat tidur je. Kalau dulu kain baju suami mak dia yang basuh sekarang dah kahwin korang lah kena ambik alih. Penat tak penat kena lah buat dengan rela hati, jangan pula basuh kain baju sendiri je tapi baju suami dibiarkan. Suami pula sebab taknak dikata orang, basuh bajunya sendiri. Dah ada isteri sepatutnya suami lebih tenang dan bahagia ini tak,makin parah..akak cakap ni sebab ada kes-kes yang macam tu dik non...  

7) Kalaupun seorang isteri itu berkerjaya, sebolehnya sebelum pergi kerja tu siapkanlah sarapan untuk suami. Sekurang-kurangnya bancuhlah air siap2 dan hidangkan di meja, nanti suami bangun air dah tersedia.
Walaupun kita duduk dengan mertua janganlah dibiarkan mertua yang sediakan sarapan untuk suami tapi kita lah yang ambil alih peranan yang sebelum ini dilakukan oleh mertua. Percaya lah itu salah satu cara untuk membuat mertua lebih sayangkan kita. 

8) Kalau basuh baju tu, basuhlah semua yang ada di dalam raga baju kotor tu, tak kisah dalam tu ada baju sape, basuhlah semuanya. Jangan pula pilih-pilih baju kita je tapi baju-baju ahli keluarga lain kita asingkan, kecik ati dia orang. Bukan susah pun basuh dengan mesin kan, hanya di hujung jari...lagi satu akak nak pesan janganlah sekali-kali biarkan mak mertua basuh baju korang lebih-lebih lagi seluar dalam korang..sungguh tak beradab dan kurang sopan.

9) Begitu juga kalau kutip baju-baju yang dah kering di ampaian tu ,jangan pula baju kau,kau kutip, baju akau, aku kutip. Kutip dan lipat lah semua sekali, bukan susah pun. Ini semua perkara-perkara yang memberi pemarkahan yang baik terhadap kita, suami sayang, mertua sayang Allah s.w.t lagi sayang.

  
Cuba bayangkan kalau mertua senang dengan kita dia akan puji kita kat suami, dan secara tak langsung suami juga akan bangga mendapat isteri yang disenangi ibunya,dan sayangnya pada kita akan bertambah.

Tapi, kalau mertua tak sukakan kita, dia akan cerita keburukan kita kat suami, lama-lama suami pun akan menyampah kat kita betul tak..betul tak..

Jadi adik-adik yang baru mendirikan rumah tangga tu MESTI menitik beratkan hal-hal sebegini. Jangan ambil mudah tau, mertua mungkin takkan komplen kat kita tapi dia akan komplen di belakang kita, itu bahaya.

Ok adik-adik..ingat pesanan akak ye. Jangan lah anggap hal-hal cam ni  remeh tapi yang sebenarnya hal remeh temeh ni lah yang memberi kesan terhadap kita..percayalah..berapa banyak percaya daa.....

Hingga bertemu lagi di siri motivasi yang selanjutnya ..renung renungkan..tata....

1 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tips ni berguna juga utk pengantin yg dah basi...

pengantin yg dah basi pun masih ada lg sikap yg perlu dipelajari & diubah suai..hai boleh ka diubah suai ye...hehehhehe....