Khamis, 22 Disember 2011

Anak Yatim

Hatiku mudah tersentuh bila melihat anak-anak yatim/yatim piatu, selalu yang aku jumpa ialah anak-anak yang sering menjual buku/cd/kelendar/balm dan sering menunggu di luar pintu masuk bank-bank. Aku suka bertanya dari mana mereka datang, dan boleh dikatakan semua yang aku jumpa itu dari sekolah-sekolah agama persendirian atau dari rumah anak-anak yatim.

Mereka ditugaskan secara giliran untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan sekolah dengan cara menjual produk-produk tersebut. Maksud aku bukanlah menjadi tugas utama mereka untuk mencari perbelanjaan sekolah tetapi merupakan satu latihan untuk mendidik mereka agar lebih bertanggungjawab dan boleh berdikari. Aku selalu mendengar orang ramai mempertikaikan tentang kesahihan dan kebenaran yang diberikan kepada mereka.

Bagi aku mudah, kalau kita niat nak membantu mereka, bantulah dengan seiklas hati..tak ada banyak bagilah sedikit, sekurang2nya kita tak menghampakan mereka dan kita tahu mereka berusaha untuk kepentingan sekolah mereka, mereka adalah insan-insan yang perlu dibantu. Bantuan kita besar ertinya pada mereka. 

Mereka juga punya keinginan seperti anak-anak lain yang sempurna, nak apa semua boleh dapat tp apakan daya takdir mereka sebagai anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya dan terpaksa menumpang kasih di mana mereka ditempatkan, sebagai seorang muslim/muslimah tidak rugi jika kita membantu mereka.

Jika diteliti tidak banyak peruntukan yang disediakan oleh pihak2 berwajib untuk mereka hingga menyebabkan mereka terpaksa berusaha sendiri. jadi kalau kita ada rezeki lebih , bantulah mereka..kerana sesungguhnya rezeki yang kita perolehi bukanlah untuk kita seorang, tetapi untuk dibahagi-bahagikan dengan mereka yang memerlukan.

Isnin, 26 September 2011

Bagaimana

Bagaimana rasanya kehidupan berkeluarga yang sempurna ye?
Bagaimana rasanya bila kau perlukan bantuan , ada orang yang sedia membantu..?
Bagaimana rasanya bila lampu rumah kau yang terbakar ada orang tolong gantikan...?
Bagaimana rasanya bila mesin basuh kau yang tetiba rosak ada orang tolong betulkan..?
Bagaimana rasanya bila paip dalam rumah kau yang bocor ada orang tolong tukarkan..?
Bagaimana rasanya bila penutup lubang tangki kau yang hilang dicuri ada orang tolong gantikan..?
Bagaimana rasanya bila dapur gas kau tiba-tiba tak berfungsi ada orang tolong betulkan..?
Bagaimana rasanya bila anak kau tiba-tiba demam, dan kau rasa sangat letih sangat, ada orang bawakan ke klinik...?
Bagaimana rasanya bila kau terpaksa berurusan dengan pihak sekolah pasal hal anak, sedangkan kau membawa perut yang memboyot, dan kau tak larat menapak anak tangga , tetiba ada orang yang tolong uruskan hal itu...?
Bagaimana rasanya bila setiap kali nak ke klinik untuk check perut, ada orang yang tolong hantarkan....?
Bagaimana rasanya bila setiap kali kau nak bersalin orang tersayang sentiasa menemani...?
Bagaimana rasanya bila setiap kali menyambut hari raya dengan kehadiran orang yang tersayang...?
Bagaimana rasanya bila petang-petang ada orang yang membawa anak kau bersiar-siar..?
Bagaimana rasanya bila kau merindui seseorang dan dia ada di sisimu...?
Bagaimana rasanya bila orang yang kau sayang ditimpa musibah dan kau boleh menemuinya bila-bila masa....?
Bagaimana rasanya bila bila-bila masa saja kau boleh pergi shopping barang-barang rumah dengan orang tersayang....?
Bagaimana rasanya bila ada majlis keramaian orang yang kau sayang turut hadir...?
Bagaimana rasanya bila anak kau bertanya tentang orang tersayang kau ada jawapan yang menyenangkan...?



Bagaimana ye...
tentu indah dan bahagia kan..
aku tak tahu 
sebab semua itu aku tak ada
dan aku tak pernah rasa.......!!!!

Ahad, 25 September 2011

Bila bahagia datang

kadangkala bahagia itu datang
tanpa sempadan
mekar dan kembang
membawaku terbang
melayang di awan
menyelam di lautan
tanpa had dan halangan

kadangkala bahagia itu datang
hingga tak dapat kuungkapkan
dengan kata atau luahan
aku suka bila bahagia itu datang

kerana ketika itu
duniaku terasa lapang...

Diet


Pada suatu petang yang anginnya sepoi-sepoi bahasa..anak sulung ku bertanya,” mama, kenapa kakak lihat sekarang ni mama jarang suruh kakak beli apa-apa petang-petang cam ni, kalau tak tu, mama asyk lapar je..kejap2 goreng pisang la, cendol la,cucur udang la”..

Aku hanya tersenyum…oh anakku, tidakkah kau tahu mamamu ini sekarang dalam proses mendietkan diri mama yang dah semakin montel ini, dah 2 minggu mama tak makan nasi anakku…huhu…demi untuk mendapatkan bentuk yang ideal, cantik dan anggun biarlah mama lupakan sebentar nasi yang sangat lazat itu.

Bukan mama tak tergugat melihat nasi yang sanngat mencabar keimanan itu tambahan lagi dengan lauk-pauk  yang sedap2 tu..nasi..nasi..nasi… tapi apakan kan daya, mama kenalah kuatkan semangat sebab mama dah tak larat nak bawa badan mama yang rasanya semakan berat ini…dan mama sedih anakku, bila baju mama tetiba sendat..eh..eh..

Yeahh..dengan semangat Malaysia boleh, mama akan pastikan hajat mama tercapai, anak-anak mama tak bagga ka kalau mama segak dan lansing ha..dan,,,psstt..harap2  abimu juga teruja dengan keanggunan mama nanti dan dengan harapan dia akan sayangkan mama berganda-ganda-ganda..errr..boleh gitu? ngeee…

Khamis, 22 September 2011

Merajuk biarlah pada yang sayang..

            Merajuk pada yang sayang..mengharap pada yang sudi..tapi kalau rajuk pun tak dipandang, apa lagi yang boleh diharapkan. Berdosakah aku seandainya menyimpan dendam terhadapmu, bersalahkah aku andai aku menuntut sesuatu yang sewajarnya menjadi hak aku? Bukan manusia namanya kalau aku tak punya perasaan..bukan manusia namanya kalau aku tak tahu erti kesakitan, sedih dan sayu. Pada siapa harusku luahkan, siapalah yang mengerti hati dan perasaan..berat mata memandang berat lagi hatiku yang memikul bebanan perasaan.

          Aku bukanlah insan yang mulia..cukup lah kalau kau mengerti hasratku yang secebis cuma..aku tidak meminta lebih, sekadar perlu dan patut. Menatap wajah-wajah insan kecil ini hatiku digamit sayu..siapalah aku untuk memenuhi hasrat jiwa mereka, aku hanya mampu memandang aku tak mampu menunaikan ...

          Telah begitu lama aku menjaga hati dan perasaan insan2 lain sehinggakan hatiku sendiri  sakit dan perit..mungkin saatnya telah tiba.. aku merasa sangat letih..sudah-sudah lah.. aku tak mampu lagi menjaga hati orang, biarlah aku merawat hatiku yang telah lama luka ini, jangan salahkan aku seandainya selepas ini tiada lagi rasa peduli yang menggunung seperti sebelumnya, tiada lagi ehsan yang melaut seperti selalunya, jangan salahkan aku seandainya hatiku yang sejuk dan dingin telah hilang jernihnya..aku benar-benar tak mampu lagi...maafkan aku.

Selasa, 13 September 2011

Jangan Hancurkan Hatiku..

Kau sememangnya amat istimewa di hatiku..kasih dan sayangku tidak dapat kugambarkan dengan kata2..aku sering mendoakan yang terbaik untuk kita, aku ingin kau menjadi seseorang yang boleh kupercayai sampai bila2, jadi..tolong lah jgn kau remukkan hatiku.kerana aku tak kuat untuk menghadapinya..jgn kau hancurkan kepercayaanku, kerana aku seorang wanita , sekali hatiku hancur..retaknya tetap ada walau kau telah mencantumkannya semula..



Ahad, 11 September 2011

Rindu Yang Tak Bertepi....

Sebenarnya aku rindukan seseorang, rindu sesangattttt...dah 2 minggu tak jumpa, aku dah cam orang gila bayang, makan teringat, tidur teringat, kiri nampak muka dia kanan nampak muka dia..depan belakang semua nampak dia jer...owh..tidak..

Nampaknya hujung minggu ini aku kena usahakan juga untuk berjumpa dia, biar terubat rindu hati lara ku ini..tak kira apa nak jadi jadilah..

takpe la sementara nak bersua muka biarlah aku tatap dulu gambarnya...owh..

*

*

*

*

*

*

*









taraaaa....ini lah dia buah ati pengarang jantung yang amat2 ku rindu..heroku....

amsyar..mama rindu...

sebenarnya aku tinggalkan dia kat umah kakakku masa balik raya ari tu, sebab aku tak larat nak 'kepung' dia, dia suka sangat kacau adik nya yang umur 3 bulan tu, aku faham sebenarnya dia nak dekat dengan si adik tp yelah budak besar tu manalah dia faham apa2, caranya tentulah kasar..dan si adik selalu jadi mangsa. Aku tinggalkan sekejap je nanti agak2 adiknya dah 'kuat' sikit aku amik balik, jrg2 terpisah bila sesekali berjauhan rindu wehh..

amsyar ...tunggu ye nanti kita jumpa..i lap u..i miss u...mmmuahhh muaahh muahhh...

Ahad, 4 September 2011

Hati Ini..Perasaan Ini...


Ku tarik nafas panjang
Agar tak tumpah airmata ku
Jangan sampai sesiapa tahu
Kesedihanku  yang sarat
Ku hela nafas perlahan
Jangan sampai ada yang perasan
Kerana disaat ini
Tubuhku dibaluti  kesyahduan yang amat
Sekiranya kau tahu
Saat ini hatiku bergetar
Sarat sedih dan sendu
Yang tak mampu kuungkapkan
Seandainya kau tahu
Betapa aku ingin melontar jauh
Rasa hiba yang mendalam
Membakar perasaan
Betapa saat ini
Hatiku menangis
Biarlah airmata ku tumpah diadalam
Kerana tak siapa melihatnya
Cuma andai kau mengerti perasaan ku
Pasti dapat kau melihat
Ada kesedihan yang mengalir
Nun jauh dari lubuk hatiku..

(aku yang kau panggil sayang….)

Khamis, 11 Ogos 2011

Sikit Pun Takpe..Aku Happy...

Ntah..taktau nak cakap macam mana tp ari ni aku rasa hati aku kembang..gumbira..bahagia..perasaan ni sama mcm aku tgh bercinta dulu. Aku tak mengharapkan banyak perhatian, walaupun sikit tapi yang sikit itulah amat bermakna bagi aku. Aku igt dia tak perasan...tp sebaliknya.. peduli apa orang kata yang penting aku kenali diri aku sendiri, perasaan bahagia ini aku berhak nikmati..ok..itu je la pun aku nak tulis..

Sibuk Seorang Aku

Sebenarnya dah lama niat di hati nak update blog ni tp nak buat mcm mana byk sgt gangguan, baru je nak pegang laptop anak aku yg no 2 tu pun mula la nak menyibuk, elok2 dok main mainan dia, terus dia tinggal mainan nak mai dok kat sebelah aku...suruh aku buka youtube nak tgk upin ipin la, nak tgk mr bean la...aduih..tak bagi can lansung kat mamamu ni..kalau bukan dia yang kacau aku, si adiknya pula..yg ni lagi lah..tak faham bahasa lagi..kalau aku kata jgn tu mcm aku suruh lak, jd jgn cari pasal la nanti tak pasal2 laptop ni masuk workshop..

Tambah2 lak semenjak dua menjak ni jgn mimpi la aku nak on laptop kat umah, kan skrg aku dah ada si kecik (jgn taktau ahli keluarga aku dah bertambah..dah ramai anak aku hehe..) elok je aku nak pegang laptop dia pun bunyi lah...abih cam no, pendamkan je lah niat aku tu, sampai kekadang mood nak menaip dan apa yang aku nak tulis pun aku dah lupa..ish ish sabo je le...

Khamis, 2 Jun 2011

Sentimental Value

Sajak ini aku ambil dari sebuah novel , entah betul atau tidak susunan ayat2nya kerana aku pun dah ingat-ingat lupa.Tapi  aku minat sangat dengan bait-baitnya..begitu menyentuh perasaan aku..

(DI BENING SINAR MATAMU)

Di bening sinar matamu
Ku lihat kasih berbunga rindu
Menyelimuti rahsia diri
Pada sebuah pelabuhan kehidupan yang murni
Maafkan aku sayang
Kiranya harapanmu kandas
Untukku jadikan kenyataan
Aku tidak berdaya melawan takdir
Aku terpaksa pergi sayang
Mencari sebuah kebahagiaan
Yang tidak dapat ku berikan padamu
Ku cuba menoleh kembali
Pada hari-hari yang pergi
Hari-hari yang kelam dan suram
Ada luka dan airmata
Mengalir dan menitis
Mengiringi perjalanan hidupku
Ku tahu kau masih menyayangi diriku
Dengan jalinan cinta yang tak pernah layu
Persis uda sayangkan dara
Persis majnun sayangkan laila
Persis romeo sayangkan juliet
Tapi sayang malang takdir melarang kita
Memupuk cinta syahdu
Bercengkerama di setiap waktu
Menghilangkan rasa rindu
Dan kini kau pergi
Membawa hati yang lara
Meninggalkan aku dimamah derita
Dan berendam airmata
Ku cuba menoleh ke depan
Pada hari-hari yang mendatang
Tetapi ianya kelam
Ianya suram
Ku mohon padamu tuhan
Memberi rahmat dan keberkatan
Untukku meneruskan perjalanan
Biarpun terpaksa hidup bersendirian

TAKUT ADA,. RISAU PUN ADA..

Minggu lepas jiran sebelah rumah aku dah bersalin, sedangkan due date dia sama dengan aku..15/6/2011..isshhh nape beranak awal lak ni, senang pula dia beranak.  Tetiba kawan aku lak bgtau yg jiran dia pun yg sepatutnya due 14/6 pun dah beranak, ari ni adik aku lak bgtau yg sepupu aku pun dah beranak 2 mggu lebih awal...ehh  kebetulan kah atau apa, semua pakat beranak awal neh...ni trend org beranak awal ka? aku cuak la juga takut takdan nak balik kg tup-tup aku pun terberanak sama, sapa lah nak uruskan aku nanti, lainlah klu cik abg ada kat sini..minta2 la aku sempat balik kg. kalau ikutkan aku pun dah terasa senak2 sengal dah ni, pun rasa lain macam je, sampai nak jalan pun tersekat2 tp aku harap2 ni sakit biasa2 je..sbb klu ikutkan ketiga2 anak aku semuanya overdue..kalau yg ni pun overdue atau ontime sempatlah aku balik seperti yg dirancang,.moga Allah makbulkan apa yg aku rancang..amin..

Isnin, 23 Mei 2011

Hargailah Ibu

AJAIBNYA TANGAN IBU 

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap, Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman, Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata, Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan ...deraian air mata bahagia, Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang, Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,  Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang. Namun, Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap, Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata, Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu? Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad... Ketika jenazah ibu nak dimandikan... di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir. Tangan ibu, tangan ajaib... Sentuhan ibu, sentuhan kasih... Boleh membawa ke Syurga Firdausi... Ciumlah tangan ibu, Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi... Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Tersentuh hati aku bila membaca nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah ini, teringat kat arwah mak aku. Bertuah benarlah sesiapa yang masih mempunyai ibu, pesanku hargailah mak kita sementara mereka masih ada. kalau dah mereka tiada di dunia ini macam mak aku yang telah kembali ke rahmatullah kita pasti akan merindui kehadiran mereka..benar2 rindu..

Kekadang tak dapat nak diluahkan kerinduan ini..apa lagi pemergian mak terlalu awal, masa umurku 8 tahun, tengah bermanja,tengah mendambakan kasih sayang seorang ibu sehinggakan aku benar2 rasa kehilangan.. ada ketikanya kita memerlukan kehadiran seorang ibu untuk kita meluahkan perasaan, ada kalanya hanya ibu yang dapat memahami perasaan seorang anak, ada ketikanya kita ingin ibu ada di samping kita kerana kehadiran ibu itu memberikan ketenangan yang sukar digambarkan, tp apakan daya yang pergi tetap akan pergi, tak akan kembali lagi..hanya doa yang dapat ku kirim moga roh mak dicucuri rahmat olehNya..dan ditempatkan bersama golongan yang beriman..amin. 

Isnin, 9 Mei 2011

Salam Untuk Semua

Sebenarnya aku taktau apa nak tulis, sbb aku baru nak start buat blog..jd tunggu la lepas ni, sementara aku nak makeup blog aku jap.