Rabu, 8 Februari 2012

Aku seorang ibu yang benar benar benar sibuk...

Memang...aku memang sangat cibuk sejak minggu lepas, sejak aku ambik balik si hero aku dari kampung. maka bermula lah episod kesibukan dan kekalutan yang melampau dalam diriku.

Bangun seawal 4.30 pagi aku dah start rutin seharianku, kerja2 rumah yang tak pernahnya habis,selalunya kerja pertama yang aku buat ialah check sinki dan basuh pinggan mangkuk klu ada, pastu masak air sbb nanti nak bancuh air untuk sarah (anak yang tadika)  dan lily (tahun 6) bawa bekal kat sekolah, sambil2 tu basuh baju, (mesin basuh aku semi-auto ok..)sambil2 tu pikir nak masak apa utk sarah nak bawa bekal ..nasi goreng, bihun ke, koewteow ke..apa2 lah yang sempat dan yang bersesuaian (sbb sarah ni lebih suka bawa bekal yang aku masak, lily lak tak suka bawak bekal) pastu ,menyapu rumah sambil tu kemas mainan budak2 yang memang tak akan boleh ku kemas selagi mereka belum tidoq. pastu iron baju ..baju aku dan baju sarah (nasib baiklah lily dah boleh iron baju sendiri) Aku nak iron malam mmg tak smpat..(nanti aku citer lak bab kesibukan shift malamku.)


Tak abih lagi tuh....pastu kena siapkan beg baju amsyar (2 thn 4 bln) dan alya pula (8 bulan) sbb nanti nak hantar gi umah orang ngasuh. pastu kejutkan lily lak,, ni pun satu , kalau tak kejut 2,3 kali tak bangun. Kalau mood aku tak ok, 2 kali aku kejutkan tak bangun juga memang dia kena cubit lah dengan aku..

Yang nak buat tu semua cuma aku sorang..aduh..kadang2 aku rasa cam nak nangis pun ada..tapi aku selalu cakap pada diri sendiri, sabo je lah ... , jadi mak cam ni lah..tapi takpe semua yang kita buat tu dapat pahala..aku sejukkan ati sendiri..

Kain baju yang dalam mesin tu kalau sempat settle aku settle, tinggal nanti lily balik sekolah dia sidai. kalau tak sempat alamatnya balik petang nantilah aku sambung. Aku nak kerahkan lily sangat2 pun kadang2 rasa kesian lak, dengan sekolah tambahan lagi..dengan latihan sukan lagi, dengan tuisyen lagi.

Ok..sekarang bab aku lak, dalam 6.20 camtu aku mandi, solat, bersiap .

Pastu kejutkan sarah untuk mandi, bersiap .

Pastu kejutkan amsyar lak..salin pampers. tp amsyar ni bila aku kejutkan sarah,walau dengan cara yang paling berhemah sekalipun dia selalunya akan terjaga sama, cam aku kejutkan dia lak..telinga lintah sungguh..

Dan secara automatiknya alya juga akan terjaga..jeng jeng jeng...

bermulalah episoh keriuhan, kekalutan, kebisingan dengan karenah anak2 aku..

dalam aku sibuk ke sana ke sini, tetiba budak 2 tahun tu canntekk je dok depan pintu peti ais...makan coklat pepagi buta ni, memang nak kena ni..., tau pula dia lari masuk dalam bila tau aku marah..ok settle

Aku buat2 tak dengar bila tetiba bbrrangg...dia kecahkan balik mainan yang aku baru kemas, yang aku kumpul dalam raga tadi..... oh anakku.....
biarkan....

tetiba ..eh ada air tumpah...bila pulak si kecik ni pi tuang ayaqqqqq....siapa lagi yang kena lap klu bukan aku? aku  juga... sambil pot pet pot pet..ok ...

Dalam aku baru nak bernapas tu tetiba aku tekpaksa marathon 500 meter bila mataku terpandang alya dah senget2 badan nak jatuh..sebenarnya alya ni baru dok menyuluq kata orang kedah,tapi pantasnya ya rabbi..merangkak pun tak boleh lagi, tp ..dia dah boleh panjat2 berdiri sendiri gitu,.cam sofa, meja tulis semua dia boleh paut dan berdiri sendiri, tp yang lecehnya tak reti nak turun balik ,bila dah lama berdiri dan tak boleh nak balancekan badan dia mula lah nak jatuh..kalau jatuh ala2 slow motion takpe  juga ni jatuh cam nangka kena tetak ..tak kena gaya dapat benjol kat dahi..

tetiba...eh elok pulak amsyar ni duduk senyap je, aku intai2 ooohh...rupanya ada kerja yang dibuat....dia dah punggah barang2 aku dalam laci kabinet tuh... patutlah..  

rutin hatian tuh ok..hehe..

Lepas salin pampers alya dan pastikan sarah dah kemas dengan uniformnya, selalunya ngam2 pukul 7.40 kami keluar dari umah. sementara tu smpat lagi amsyar lari2 kat luar dan buatkan aku terkocoh2 mengejar dan mencempung dia masuk dalam keta aduh...

Yang best sekali elok je aku start kete nak keluar tetiba terbau sesuatu cam...ala2 bahan buangan manusia..ati dah cuak..check2 tengok, rupanya alya beyakkkk..takpun amsyar beyakkk.....aaaaaahhhhhhhh jem......aku nak nangesss neh........huhu....







hai....saya lah alya....



terel tak saya....



terel lagi...hehe...

Selasa, 7 Februari 2012

Nak Mulakan Perniagaan Tapi Modal Kurang?

Assalammualaikum,  salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat kengkawan semua (ceh..macam pembaca berita lak)..

Hari ni aku nak share satu biz dengan korang, aku tau mesti di atara kita yang berminat untuk berniaga tapi kurang modal betul tak? Ok aku ada satu biz yang bersesuaian dengan kengkawan semua, modal lebih kurang dalam rm300++ je tapi kalau rajin insyaallah kita akan dapat pulangan yang memuaskan, tapi kita kena rajin lah..apa2 biz pun key dia kena rajin lah kan..bak kata orang yang bulat takkan datang bergolek yang pipih takkan datang melayang, kita kena usaha, berdoa dan bertawakkal insyaallah Dia akan memberi pada kita yang meminta  ok...



Ok, kalau berminat sila layari laman web http://www.fitrahayuresources.blogspot.com/

Biz ni memang bersesuaian dengan sesiapa yang baru nak cuba2 buat biz. Sebab dari pengalaman aku lah kalau kita nak berniaga secara tetap, maksud aku ada premis, kelengkapan semua sekurang2nya modal permulaan mau dekat rm20K . dah tu tiap2 bulan kena bayar macam2..sewa kedai,bil air, elektrik, tel , pekerja dan macam2 lagi lah, tu belum masuk bayar lesen niaga, iklan dan sebagainya. Duit masuk belum tentu lagi sbb kita harapkan orang datang ke kedai kita, kita harap customer 'walk in' , bab nak kasi orang tau lak bukan senang, kena melibatkan kos promosi dan kos promosi ni pun bukannya murah beb..salah satu medium promosi yang popular ialah flyers/risalah, nak print risalah ni sekurang2nya kena 3000 kpg, klu nak buat sikit tu boleh tapi kosnya jadi mahal balik..dah tu edar banyak2 pun belum tentu dapat sambutan, belum tentu orang datang ke kedai kita.ni aku cakap dari pengalaman aku lah..

Tapi kalau kita buat secara bergerak kita hanya mengeluarkan modal untuk produk, kos perjalanan (minyak) keta/motor, tel dan kos pos barang (mungkin), tapi kat sini kita dah jimat banyak benda. Promosi lak kita boleh buat sendiri, nak redah masuk kg, nak terjah rumah kengkawan,kat minah2 kilang,dan lain2 yang bersesuaian pandai2 kita lah kan, kita nak explain pasal produk pun boleh face to face (yg mana bagi aku cara ni lagi berkesan) ..skrang lak lagi senang promote melalui fb je,.

Ok jgan lupa check laman web tu ye.. selamat ber bisnes...

Rabu, 1 Februari 2012

Ampunkan Aku

Aku memohon keampunan Mu Ya Allah
Andai aku khilaf
Menolak kurnia
Andai aku menyisih
Salam yang menyapa

Kerana aku seorang ibu
Yang sebenarnya tidak tega
Yang jiwanya punya rasa
Yang nalurinya penuh bahagia
Yang kasihnya mencurah-curah

Namun di saat ini
Tiba tiba aku tak kuat berdiri 
Bila terhumban di kancah dilema
Ke kanan aku rebah
Ke kiri aku luka

Ampunkan aku Ya Allah
Andai pilihanku salah
Kerana aku terpaksa
Walau tiada rela

Ampunkan aku
Benteng kekuatan ini kian rapuh
Lembaran semangat ini kian lusuh
Hingga menjadikan aku takut
Kiranya amanahmu tak bisa ku sambut..

Kerana aku seorang ibu
Aku mohon Kau ampunkan aku
Andai aku tak bisa 
Menangani amanahmu seterusnya..

Sesungguhnya Ya Allah
Kudratku kian lemah
Jiwaku makin berbalah
Dan di saat ini aku benar-benar
Memohon keampunanMu...
KeampunanMu....

Khamis, 26 Januari 2012

Seram

sesungguhnya benarlah kata orang duit ni memang berhantu...korang percaya tak? aku percaya ..buktinya..

2 hari lepas aku tengok duit aku banyak tetiba ari ni tengok dah surut..eh eh..mana perginya?

2 ari lepas purse aku tebal je tetiba ari ni dah makin nipis..peliklah..

2 hari lepas aku tengok banyak duit kaler2 biru2 cam tu tetiba ari ni banyak la kaler merah2 dgn hijau dgn biru yang lain macam sikit tu...eh konpius lah..


adakah umah aku ada toyol yang telah mencuri duit aku? 

atau.....

ada orang minyak yang masuk secara menyelinap dan menarik duit aku sekeping..sekeping..sekeping...

atau..

ada orang yang memukau aku dan membuatkan aku menyerahkan duit kepadanya secara rela dalam paksa?  


ahhhh...tidakkkkk...


ohhhh...aku rasa nak pengsan lah....tetapi..antara nak pengsan tak pengsan ni aku cam tetiba teringat bayang2 shopping komplek, tesco..pacific..makan2, beli baju..itu ini..bla..bla..bla....tapi bagi aku itu hanyalah igauan je ..igauan.....

betullahhh...duit ni memang berhantu..sebab.. tetiba je aku jadi seram sejuk, rasa cam nak pitam.. berdiri bulu roma...menggigil ala demam kura2 lebih2 lagi bila teringatkan banyak bil2 yang belum settle lagi.....uwwaaaaaa....


heee.....serammmm......



















 

Rabu, 25 Januari 2012

Dalam sakit ada bahagia

Hari ni aku rasa agak serabut sikit, dengan senak ulu hari, kepala berdenyut, sakit lutut (eh cam orang tua lak..) rasa cam nak deman pun ada, aku taktau la kenapa, kalau sakit tu semua datang serentak..tp..err..tak baik merungut kan, sihat dan sakit kerja Dia..

cuma sebagai manusia biasa aku cuma nak bercerita, aku rasa aku perlu meluahkan...



Dalam simpang siur ketidakselesaan itu, antara sakit dan semangat untuk bekerja aku gagahi juga, buat cam takde ape2..hehe..kata orang meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang, tapi kenapa rajukku tak dipandang,..aduh.sedih.. tp aku bersyukur, walaupun aku bukan dari golongan yang terpilih namun Allah swt masih sayangkan aku, kerana dalam perasaan yang bercampur baur, jauh di sudut hati Dia hadirkan aku rasa bahagia...bahagia...yang sukar untuk aku jelaskan, hatiku rasa kembang dan lapang, aku senang dengan apa yang aku lakukan..walaupun aku tak dapat apa yang aku nak..tp aku bersyukur, pernahkah korang rasa camtu?

Moga perasaan ini berlarutan dalam melewati penghujung hari ini..jap lagi aku bakal disibukkan pula dengan riuh rendah si kecik dan si besar kat umah..rutin seharian aku ,,gawat lagi umah aku malam ni, camada 10 orang ok..hehe..

ok bye..