Rabu, 1 Februari 2012

Ampunkan Aku

Aku memohon keampunan Mu Ya Allah
Andai aku khilaf
Menolak kurnia
Andai aku menyisih
Salam yang menyapa

Kerana aku seorang ibu
Yang sebenarnya tidak tega
Yang jiwanya punya rasa
Yang nalurinya penuh bahagia
Yang kasihnya mencurah-curah

Namun di saat ini
Tiba tiba aku tak kuat berdiri 
Bila terhumban di kancah dilema
Ke kanan aku rebah
Ke kiri aku luka

Ampunkan aku Ya Allah
Andai pilihanku salah
Kerana aku terpaksa
Walau tiada rela

Ampunkan aku
Benteng kekuatan ini kian rapuh
Lembaran semangat ini kian lusuh
Hingga menjadikan aku takut
Kiranya amanahmu tak bisa ku sambut..

Kerana aku seorang ibu
Aku mohon Kau ampunkan aku
Andai aku tak bisa 
Menangani amanahmu seterusnya..

Sesungguhnya Ya Allah
Kudratku kian lemah
Jiwaku makin berbalah
Dan di saat ini aku benar-benar
Memohon keampunanMu...
KeampunanMu....

Tiada ulasan: