Rabu, 21 Mac 2012

Sakit itu rahmat

Entah dimana silapnya  atau mungkin salah makan agaknya dari petang membawa ke malam belakang aku rasa berdenyut2 sakit sangat..urat agaknya, dan waktu puncaknya lebih kurang pukul 9 malam. Waktu itu aku nak betulkan tidur alia sebab nak bagi dia minum susu, sedang aku angkat dia tetiba pooop! ada bunyi meletup kat belakang aku yang sakit tu, ya Allah tak pernah aku rasa sakit urat sampai camtu sekali..aku dekat nak rebah dah, airmata ni tak usah cakap lah..sakit sangat. Pun aku gagahi juga bagi alia minum susu hingga selesai,mujur dia tak meragam..

Sakit luaran satu hal, sakit salaman pun satu hal. Sebenarnya aku lebih kepada rasa sedih..sesungguhnya di saat2 ini aku perlukan seseorang..tapi apakan daya...dalam kebanyakkan keadaan pun yang ada hanya aku dan anak2, dan aku tetap perlu melakukan segalanya walau aku tiada daya...serius aku sedih.  Dalam kesakitan dan airmata aku minta lily tolong urutkan belakang aku yang sakit..walaupun hakikatnya kesakitan tu tak hilang pun, hinggakan semalaman aku tak dapat tidur.

Tiba2 aku terfikir bagaimana sekiranya aku mendapat sakit yang kronik?atau jika ajal menjemputku? ahh aku tak dapat bayangkan ...sesungguhnya rahmat Allah terhadapku selama ini terlalu banyak. 

Namun aku kuatkan hati dan semangat bahawa kesakitan juga satu rahmat. Tak usahlah aku mempersoalkan kesakitan yang secebis cuma daripada jutaan rahmat kebahagiaan yang tidak terhingga yang Allah berikan. Tak apalah sakit boleh diubati, esok pergi farmasi makan ubat nanti ok lah.

Tidak mengapalah..hatiku , biarlah ku pujuk sendiri..aku lebih kenal diriku..aku ok...

Selasa, 20 Mac 2012

Kenangan..tak bisa kau lenyapkan..

Minta mahap ye, saya bukan tak ingat awak, tak lupa pun..tapi bila dah lama tak contact ni saya cam ok-ok lah, tak marah pun. kita pun tak pernah gaduh, tak pernah bermasam muka, walaupun sayang tu ada, namun lebih pada rasa hormat kot...masing2 faham bahawa keadaan kita berbeza dan tak mungkin kita menyatukan impian bersama. akhirnya kita sama2 menghilang seperti bulan yang hilang bila menjelmanya siang..

Saya hormat awak.., saya tak pernah marah walaupun selepas itu kita masing2 menyepi.... ikut haluan sendiri.  Tapi sekarang awak kena faham keadaan dah tak macam dulu..masa saya still single tapi sekarang dah jadi isteri orang, anak berderet lagi haha..

Walaupun awak muncul kembali harap hubungan kita akan kekal dalam persahabatan ok..
akan ku baluti hatiku dengan simen konkrit agar kau tak tahu bahawa hatiku sebenarnya rapuh huhu....

Aku pun nak makan angin gak,...

Aku menulis ni hanya utk meluahkan rasa hati pada orang yang sepatutnya tuh..harap encik paham lah ye.

Encik tau tak,. *eleh..kalau tau pun encik buat2 taktau kan.. rupa2nya selama kita kawin ni encik tak pernah bawa saya pergi jalan2/makan angin. Dulu masa encik dok ngorat saya encik selalu gak bawa saya jalan2 , abih2 sangat kita pi ramai2 dengan kawan2 encik yang geng jahat tu, ingat tak, ingat tak? alah..geng jahat yang suka tukar2 aweks tuh..nasib bek encik setia dengan saya no....

Bila kita dah kawin ..anak pun dah berderet dan saya pun asyik membizikan diri dengan anak2 yang dikandung, yang dikendong & yang dipimpin *anak kita kan susun paku kehkeh......tetiba baru saya sedar ehh..dah lama lah kita tak gi jalan2..ohh..encik pun buat2 lupa ye.

Saya sedey bila tengok orang lain bawa family jalan2 melancong bagai..saya pun nak juga camtu...anak2 lagilah, kesian kat depa tau..dah lah saya ni.....ttuuuuuuuuutttt...encik buat cam tak paham ye..hati saya luka berdarah, menjeruk saya mengintai sengsara..oohhh...

Encik..sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, saya ingin juga dibawa berjalan2 menghirup udara luar, nak tengok senario tempat2 yang indah dan nyaman,  mengintai gossip2 terbaru bagi fresh sikit kepala otak ni ..takdelah hari2 nak buat benda yang sama dari pukul 5.00 pg sampai pukul 10.00 malam..kadang2 saya cam nak luku je kepala anak2 sorang 10 x walaupun kesalahan yang dibuat tu cuma yang kecik2 je,,..itu lah tanda2nya yg saya dalam ketensionan yang amat, jd encik tolonglah faham!..

Samada encik sedar atau tidak, samada encik kesiankan saya atau tak, yang pasti saya memang kesiankan diri saya sendiri, sebab itu lah saya dengan penuh semangat dan jatidiri yang padu telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan satu projek, iaitu saya bersama2 kawan baik saya sedang dalam proses mengumpulkan duit tabung iaitu sehari sengget! bila cukup nanti kami harap dapatlah kami bersuka ria cam zaman rumaja dulu..huhahuha makan angin cuti2 malaysia yeh yeh.... harap2 duit kami nanti cukup la untuk merealisasikan hasrat kami yang suci murni tu ..

Tapi kan encik, kalau lah hingga ke tabungan duit terakhir pun kami tak dapat mencapai hasrat kami itu, kami harap encik dapatlah sponsor apa yang patut ye.. kalau susah2 sangat kami cari 'sponsor' sendiri je..boleh? ngeee.....*ini merupakan ugutan secara terhormat okeh..


Khamis, 15 Mac 2012

Kenduri Along 11.03.2012


Assalammualaikum kengkawan...wah..bercuti panjang rupanya aku kerana meraikan majlis perkahwinan anak sedara aku. walaupun letih dan penat tapi aku seronok, meriah sangat.. Kita buat kenduri makan berhidang you, sekarang mana nak cari lagi jenis makan berhidang ni kan, tapi dah tuan rumah berhajat..nampaknya tercapai jugalah hajatnya tu.

3 hari sebelum kenduri tu adik beradik & jiran tetangga dah sibuk datang untuk membantu apa yang patut. Inilah yang seronoknya kalau buat kenduri kat kampung ni, masih ada lagi gotong royong pakat2 membantu. 

Ok, meh kita layan gambar2 majlis meh..


Ni masing-masing tengah sibuk membuat persiapan .


 
 







 Antara barang2 hantaran pihak lelaki



Saat-saat diijabkabul..






Dua kali lafaz, ok lah..
dah dapat title suami orang..




orang sebelah tu bila lagi ye....



Sah sudah......



Menantu & Mertua..


Lagi  gambar2 perkahwinan..




 


 





Jom layan silat lak....yeahh...











Wah..lakunya  paksu jual aiskrim ye...
nak aiskrim juga..








Acara cabutan bertuah...yeh yeh..







Lagi gambar..gambar.....gambar....







Eh..apasal ha budak2 ni kalau nak bergambar mesti nak buat peace, tak buat takleh ke ha..



last sekali..



 Selamat Pengantin baru along & Nurul..
moga berbahagia hingga ke akhir hayat,..amin..

Aku sebagai wakil ketua kampung tuan umah nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang telah bertungkus lumus (termasuk aku la tu hehe....), yang terlibat secara lansung @ tak lansung  dalam menjayakan majlis perkahwinan ini.. kalau korang tak baca blog aku pun takpa la, aku nak ucap tima kasih juga..tima kasih..tima kasih..jasa kalian dikenang..

Khamis, 8 Mac 2012

Pra Kenduri

Lately agak sibuk sikit untuk buat persiapan kenduri anak sedara aku si along, sibuk tu sikit je tapi yang buat2 sibuk tu yang lebih haha...Ahad ni dah nak kenduri..petang ni aku nak bertolak balik kg untuk sama2 memeriahkan suasana, eh eh best lak nak kumpul adik beradik..rasa cam nak raya pula..

Ye lah .bukan selalu pun nak kenduri..lepas kenduri along ni entah bila pula kami akan berkumpul cam ni, aku tak nampak bayang2 sape pulak yang nak naik pelamin lepas ni..agaknya adik si along, si angah kot..Tapi angah still belajar , mau kat 2,3 tahun lagi baru nak habis.  Ha..mungkin anak kak Siti si Fauzi kot lepas ni..Hee.. takpe lah sape2 pun..janji rock!

Lega rasanya aku dah siapkan souviner utk kenduri tuh dgn bantuan siapa lagi kalau bukan makencik tuh....bila lagi nak dera dia kan. Apa2 pun kami telah berjaya menyiapkan lebih seribu biji ( eh biji ke) souviner tuh..hebat tu..walaupun simple tapi mau tergeliat juga jari jemari kami yang gebu ni nak menyiapkannya wey..sila beri tepukan untuk kami berdua, tima kasih2...

Jadi lepas ni pulaklah aku cerita bab kenduri tu nanti k, dan kalau rajin nanti aku upload gambo2..sebab walaupun badan aku kat sini mood aku dah ada kat kampung da...

ok..tata..