Entah dimana silapnya atau mungkin salah makan agaknya dari petang membawa ke malam belakang aku rasa berdenyut2 sakit sangat..urat agaknya, dan waktu puncaknya lebih kurang pukul 9 malam. Waktu itu aku nak betulkan tidur alia sebab nak bagi dia minum susu, sedang aku angkat dia tetiba pooop! ada bunyi meletup kat belakang aku yang sakit tu, ya Allah tak pernah aku rasa sakit urat sampai camtu sekali..aku dekat nak rebah dah, airmata ni tak usah cakap lah..sakit sangat. Pun aku gagahi juga bagi alia minum susu hingga selesai,mujur dia tak meragam..
Sakit luaran satu hal, sakit salaman pun satu hal. Sebenarnya aku lebih kepada rasa sedih..sesungguhnya di saat2 ini aku perlukan seseorang..tapi apakan daya...dalam kebanyakkan keadaan pun yang ada hanya aku dan anak2, dan aku tetap perlu melakukan segalanya walau aku tiada daya...serius aku sedih. Dalam kesakitan dan airmata aku minta lily tolong urutkan belakang aku yang sakit..walaupun hakikatnya kesakitan tu tak hilang pun, hinggakan semalaman aku tak dapat tidur.
Tiba2 aku terfikir bagaimana sekiranya aku mendapat sakit yang kronik?atau jika ajal menjemputku? ahh aku tak dapat bayangkan ...sesungguhnya rahmat Allah terhadapku selama ini terlalu banyak.
Namun aku kuatkan hati dan semangat bahawa kesakitan juga satu rahmat. Tak usahlah aku mempersoalkan kesakitan yang secebis cuma daripada jutaan rahmat kebahagiaan yang tidak terhingga yang Allah berikan. Tak apalah sakit boleh diubati, esok pergi farmasi makan ubat nanti ok lah.
Tidak mengapalah..hatiku , biarlah ku pujuk sendiri..aku lebih kenal diriku..aku ok...
1 ulasan:
kakG baik kannnnnn...
kakG...
kakG...
tak pa cek ada ni...
sayang kakG ketat2 lah...
Catat Ulasan