Sakit betul ati aku pagi ni, ingatkan cuaca yang sejuk dan nyaman kesan daripada hujan yang turun semalam ni akan terus sejukkan ati aku sepanjang ari ni rupa2nya tidak..
Alkisahnya,,.masa nak datang keja tadi. sedang elok je aku drive tetiba aku perasan keta belakang dok bagi lampu kat aku, lip lap..lip lap...adalah dekat 4,5 kali. Mula tu aku cuak juga kot2 ada yang tak kena dengan keta aku, pintu tak rapat ke, bonet renggang ke..ada barang tertinggal atas bumbung keta ke..biasalah aku ni kadang2 terlupa, dan benda2 tu semua boleh terjadi.
Tapi bila aku tengok balik melalui cermin pandang belakang tu aku rasa pelik juga, dengan cara pemanduan dia yang kelam kabut dan dok cucuk2 keta aku ni..ooh baru aku faham, dia nak potong aku rupanya...atau lebih tepat lagi nak suruh aku kasi dia jalan dulu..
Aku ni takde masalah nak kasi kau jalan dulu tapi masalahnya kau nak suruh aku masuk lorong mana untuk kasi jalan kat kau , mangkuk ayun betullah! Jalan ni ada 2 lorong je, lorong kanan dah berderet dengan keta yang nak buat U turn, tinggal satu lorong ni je lah..kau kena fahamlah dalam keadaan ni macamana orang nak bagi jalan kat kau..takkan kau nak suruh orang berenti pastu bagi laluan untuk kau jalan dulu. Kalau kau bagi lampu 50-60 kali pun keadaan tetap sama .lainlah kalau kau tu ambulan ke, bomba ke, polis ke yang memang dah sah2 ada hal kecemasan..ni kau pun sama cam aku juga nak ke destinasi masing2, naik pun keta kelisa sama cam aku juga..apa yang hebat sanagt. Kalau kau naik keta BMW 5 series sekalipun kau tetap kena ikut peraturan..lainlah kalau kau letak hazard light sekurang2nya orang tahu kau ada kecemasan, ada orang nak beranak ke..kau nak terberak ke...ada juga inisiatif orang nak bagi kau jalan dulu, ini tak. Jadi nak tak nak kau kena sabarlah sampai lepas traffic light depan tu barulah ada ruang untuk kau potong ok.
Ya Allah tak faham aku. Lagi satu jenis bila nak masuk simpang tak bagi signal..kita ni sabar je tunggu bagi dia lepas dulu..tiba2 dia bantai kona masuk simpang..aduh..benda2 ni lah yang membuatkan mulut aku cabul nak maki orang. Padahal bukan susah pun kau nak bagi signal, dengan hanya satu sentuhan je..
Ada pulak jenis yang nak keluar ke jalan besar..terus menonong je masuk..yang kita ni tengah laju tak pasal2 je kena brek sampai anak kat belakang terantuk, abih berterabur barang2,... Apalah bangangnya, dulu ambik lesen tak belajar undang2 ke, tak pun ambik lesen terbang? Jadi pemandu ni kena berhati2, leka sikit je siaplah..kalau kita tak cari pasal dengan orang, orang yang cari pasal dengan kita. Aku ni boleh bersabar kalau jalan jem ke, ada kemalangan ke, orang buat jalan ke, tapi bukan dengan pemandu yang kurang ajar macam ni.
Aduh..tak pasal2 dah hilang keanggunan aku pagi2 ni, uhh...ni nak kena coolkan balik diriku ini..cam ne ni..? Err..ada sape2 nak belanja pizza ke?...
Khamis, 23 Februari 2012
Isnin, 20 Februari 2012
Tangga-Tangga Ke Pintu Bahagia-Elleycats
Lagu ini aku tujukan khas pada En R, walaupun kau tak mendengarnya hari ini namun aku tau, kau akan mendengarnya satu hari nanti..
Ok..layann.....zassss.....
KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
NK : Senyum kak ina, senyum..kontrol cun..kejap lagi diorang dah balik siaplah kita berperang!! kan...kan..
KAK INA: Ye..kontrol..kontrol..ku sangkakan 2..rupanya 3.... kau yang ke tiga tu ye...siap kau kejap lagi....
*********************
Kak Ina, saya pun nak joint juga..dialog ni kira halal ye, jangan marah ye..
Mari kita beramai..hey..
Joint kak ina punya contest hey..
Kita hanya suka2.. }
Kalau tak menang pun tak apa..}(ulang 2 x)
**Sila nyanyi cam lagu mari kita ke ladang, dalam filem Nujum Pak belalang ke apa..eh tak ingat la..
Sesiapa yang nak joint tu sila ke sini ye:
Sesiapa yang nak joint tu sila ke sini ye:
Syarat-syaratnya
1. Mesti mempunyai blog..tak ada blog payahlah
2. Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini
"WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
2. Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini
"WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
3. Linkkan Ke Entry Ini
4.Nak LIKE Facebook atau pun tidak terpulang lah..akak tak nak paksa
5. Sila copy & paste ayat dibawah ini GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com
5. Sila copy & paste ayat dibawah ini GIVEAWAY di taja oleh www.kakinakl.com
(kalau ada sponsor korang kena edit dari masa ke semasa)
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.
Hadiah dan Cara Pemenang Di pilih
5 orang peserta yang dapat membuat juri tertarik dengan ayat-ayat lucu akan dikira pemenang.
Setiap penyertaan akan di upload di FB kakinakl.com5 orang peserta yang dapat membuat juri tertarik dengan ayat-ayat lucu akan dikira pemenang.
Hadiah
5 orang yang berjaya mengeletek hati juri akan menerima RM20.00 setiap seorang (klu ada sponsor hadiah bertambah/ berubah)
Tempoh GIVEAWAY Ini bermula pada
15 Febuari sehingga 29hb Febuari 2012 pada/atau pukul 12.00 tengahmalam.
Tunggu Apa Lagi?! Join jangan Tak Join yer..
Langgan:
Catatan (Atom)