Aku ni kan mamabusy, jadinya aku memang sentiasa sibuk..dari pagi menjelang ke malam ,dari malam menjelang ke pagi aktiviti aku full,..korang ingat ape?..yelah, malam kan anak nak minum susu, kejap si adik nak susu, kejap si abang pula, kalau si adik nak susu pukul 1 pg dan si abang lak pukul 2 pg, selang 2,3 jam terjaga nak susu pulak..kan ke aktiviti di malam hari tuh dan secara tak lansung mengganggu tidurku..takdelah mimpi nak rehat2,tenang2 cam dedulu tu.
Kelmarin petang pun tak pasal2 aku kena marathon 500 inci.. (bukan 500 meter ye). mana taknya..aku tengah bubuh pampers amsyar tetiba aku terpandang alya kat pintu , kat tangan tu dah ada selipar elok je nak hala ke mulut, jd sebagai seorang ibu yang gigih,cergas dan prihatin tanpa membuang masa aku terus lari sepantas kilat, capai selipar dan terus campak kat luar..alya..alya..pantang ada benda yang boleh dicapai semua nak masuk mulut. aku igt dah selamat la dia dok kat situ sebab pintu grill tu memang dikunci, takdelah bab dia nak tergolek kat luar ke..memang dia takleh keluarlah.. aku letak dia kat situ bolehlah dia tengok orang lalu lalang kat luar depan jalan tu takdelah dia boring, tp tak terfikir lak dia boleh capai kasut kat luar depan pintu tu adoi.....tetiba je aku rasa berpinau biji mata, kepala aku terus memusing2..mungkin kerana tindakan refleks tadi kot..
Teringat aku masa tengah pantang kat alya .. masa tu kat umah kak aku (aku dah tak ada mak ayah jd selalu balik pantang ke, raya ke kat umah kak aku ni la, dia ni cam pengganti mak ayah aku lah)
Masa tu aku lepas bersalin dalam 3,4 hari cam tu la..jalan pun kena pelan-pelan, kena pedo-pedo lagi kata orang kedah. masa tu amsyar kat luar main dgn kakaknya jadi bila tengok keadaan selamat aku pun pergi ke bilik air, tinggal baby kat atas katil tu. Aku tak tahu bila masanya amsyar masuk kedalam rumah. Keluar je dari bilik air, igt nak ke dapur minum jap..tapi tetiba mata aku terpandang kelibat amsyar kat atas katil..eh..eh..eh...elok je dia nak landing atas adik!!aku pun apa lagi, tak pikir dah..terus lari pi kat dia,cempung dia turun dari katil dalam keadaan dia meronta2 tak nak turun.,pujuk2 dia baru ok.,pastu baru teringat, alamakkk..aku kan kena jahit!! terus rasa sakit time tu juga, baru terpikir kot2 jahitan terbuka..tp alhamdulillah nasib baik lah jahitan aku tak terbertas (terbuka)..kalau tidak tak pasal2 kena pi jahit balik, tak sanggup rasanya fikirkan bab tu..ngeri aku rasa,sebab kata orang kalau jahitan terbuka, bila nak jahit balik tu takde bius2 lagi dah..jahit mentah2 cam tu je...tak tahulah betul ke tak,ni aku dengar orang cakaplah.
Adik aku pernah jahitannya terbuka masa first baby, taktaulah cam ne ganasnya dia duduk..anak pertama kan, mungkin taktau lagi cara2 nak duduk sopan2 gitu, tapi dia takut nak pergi hospital takut kena jahit tanpa bius, last2 pergi klinik private kena rm500 tak silap aku..jadi pada sesiapa yg takde pengalaman nak jaga tatatertib dalam pantang ni aku nak pesan. cara duduk, nak buang air besar, kecik semua kena jaga ye..tak boleh main redah je..bila lepas bersalin tu kita mungkin tak rasa sakit sebab ubat bius tu ada lagi..aku pernah tegur sorang adik tu sbb dia bantai bersila lepas beberapa jam bersalin..(sebab tak rasa sakit), time tu diaorang bawa makan , elok je dia bersila nak makan..aku yang naik seriau, tapi aku tak salahkan dia lah sebab dia taktau. jd untuk adik2 yang baru nak jadi ibu ni akak nak pesan jangan sesekali BERSILA ye, kena bersimpuh elok2, duduk rapat2 .. nanti tak pasal2 kena jahit balik, kalau tak dapat sakit buat kali kedua ,kena keluar duit yang bukan sedikit ye..
Dan ada lagi beberapa kejadian yang membuatkan aku membuat tindakan reflek dan terlupa dalam keadaan diri masa dalam pantang tu, dan kebanyakkannya disebabkan amsyar..amsyar oh amsyar..hero aku ni betul2 menguji kesabaran aku tau..
Tapi apa nak hairan kan..cam tu lah kasih seorang ibu, kita selalu fikirkan tentang orang lain..anak2, suami dan orang2 yang kita sayang..tak fikir dah keselamatan diri sendiri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan