Tiba-tiba cik mah rasa seperti nak terkucil..namun amatlah malas rasa cik mah nak mengerakkan dirinya takut rugi lemak juga adanya. lagipun memandangkan mata cik mah pun dah ala-ala stim nak terlelap, namun kena gagahi jua biarpun payah..kalau tidak alamatnya banjirlah tempat itu nantinya..dengan langkah yang amat lemah longlai cik mah menggagahkan dirinya ke tempat tujuan.iaitu sebuah bilik yang bersaiz 3' x 7' gitu...
Sebaik saja masuk ke dalam bilik itu, cik mah terus membelek2 wajahnya di dalam cermin yang ada di dinding, sempat lagi melihat keadaan makeupnya samada perlu di touch up atau tidak..sesunguhnya cik mah dgn cermin tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan pincanglah jiwa rosaklah dunia jadinya. Seakan terlupa sebentar dirinya yang tadi tu nak terkucil sangat2...
Sebaik saja cik mah nak menunaikan hajatnya tetiba matanya seakan terpandang sesuatu objek yang bergerak2..saiznya tu nak kata kecil tak kecil , besar tak besar..lebih kurang sebesar bahan buangan orang dewasa lagaknya..dalam situasi yang agak redup dan romantik tu ditambah pula dengan penglihatan cik mah yang agak kabur itu cik mah tidak dapat pastikan benda apakah itu, cik mah merenung lagi...merenung lagi..nak dikatakan bahan buangan katak, saiznya agak besar, nak katakan sabun...warnanya agak kehitaman,...tetiba...eeeiiiiiiii alahkah terkejutnya cik mah.....objek itu rupanya......rupanya......
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
aargggghhh....ti... ti...ti..kussss.....anak tikus!!!!!!...hati cik mah menjerit sebab mulut cik mah dah terkunci,dah takleh bersuara disebabkan terkejut yang amat sangat dengan pertemuan yang tidak disangka2 itu..terketar2 lutut cik mah tapi sempat lagi dia berdiri sepantas kilat dan terketar2 semula..,bahan buangan yang nak terkeluar tadipun telah tersejat balik adanya..cik mah nak melangkah tapi kaki cik mah seakan telah digam di lantai toilet itu.. anak tikus tu takdelah sebesar mana, kalau ikut umur anak orang tu ala2 budak baru nak merangkak la...nak jalan pun terketar2 , atau mungkin diapun panik bertemu dengan cik mah??sbb tu dia pun terketar2..
Mesti korang ingat eleh..anak tikus pun nak kecoh, tapi fahamlah wahai pembaca sekelian, sememangnya kelemahan cik mah ialah dia amat geli dengan binatang2 kecik tak kiralah jenis yang menguit2, yang berterbangan atau yang jenis menyulur, walaupun ianya hanyalah seekor kumbang tapi bagi cik mah kumbang itu ibarat harimau yang nak menerkam..begitulah takut dan gelinya cik mah., hati cik mah berbelah bagi, nak lari keluar atau nak halau si tikus tu keluar, tapi cik mah tak nampak jalan untuk si tikus tu keluar melainkan kena buka juga pintu tu, tapi cik mah takut kalau2 tikus tu akan membuat 'serangan hendap' terhadapnya..
Dalam dok konpius itu,disertakan peluh yang mula berjuraian meleleh di badan tu....terjadilah satu kejadian yang drastik!, anak tikus tu tiba2 meluru ke arah cik mah (sebenarnya anak tikus tu pun terkejut kat cik mah, tu yang dia menonong cari jalan nak keluar tu..) cik mah apa lagi melompat2 tak hengat..menjerit2 ala2 orang lupa diri, kalau ada orang yang mendengar haruslah mereka fikir ada nak dara kena rogol agaknya..
Nasib lah keadaan itu tidak berpanjangan kerana anak tikus tu yang lari berpusing2 cam orang mabuk todi tu telah membuat kona baring, dan terus lari keluar di celah pintu bawah yang elok2 muat badannya tu..
Kussss semangat.....aduhai...
Cik mah lega tapi jantungnya masih lagi bergerak laju..ketaq lutut pun tak hilang lagi..dan magic sungguh semangat nak toooot pun dah tak jadi , mengantuk cik mah pun dah hilang, dan2 tu mata cergas, penangan anak tikus punya pasal...
ha..cik mah sila la pi sambung keje, jangan dok mengelat ok...jaga jaga ada anak tikus sedang memerhati!
Sekianlah adanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan