Kadang-kadang bila duduk2 tu aku teringat zaman kecik2 dulu, alangkah indahnya zaman yang dilalui dengan kawan2.. mandi sungai, main pondok2, panjat pokok,curi buah kat dusun orang hehe.. pergi dusun kawan tapi buat cam dusun sendiri..macam2 lagi lah benda2 yang advance..oh i like. Budak2 sekarang ni tak merasa dah situasi yang macam tu, yang mana dulu2 semua permainannya lebih berkait rapat dengan alam semulajadi..main batu seremban,konda kondi, aci sembunyi, guli, wau dan banyak lagi lah, manalah ada internet cam zaman sekarang ni .
Aku dengan kawan-kawan aku lebih kurang 4-5 orang suka sangat mandi sungai, Kalau dah mandi tu pula boleh berjam-jam tak hengat makan, tak hengat nak balik umah. Ingat lagi satu hari tu punya leka kami mandi manda berkejaran bagai, siap panjat2 pokok pastu terjun dalam sungai.. sampai lupa hari dah nak senja...masa tu baru rasa takut, cuak,kecut perut,gigil semua ada..mana taknya dah dapat bayangkan 'hadiah' yang menanti bila aku sampai umah jap lagi. Arwah bapak aku ni garang woh... Tapi nak tak nak kena balik jugalah kan kalau tidak aku nak tidur kat mana.
Seperti yang dijangkakan elok je aku sampai rumah..oh my god bapak aku dah siap tunggu kat depan laman dengan ranting pokok bunga raya kat tangan,,"hg pi mana maghrib baru ingat nak balik?" belum sempat aku buka mulut, piapppp!! nah dia bagi sedas...tapi walaupun sedas ianya dah cukup untuk membuatkan aku terkencing dalam kain sambil mengadoi2..huhu..
Aku tahu yang sebenarnya bapak aku pukul sebab dia risau keselamatan aku, sebab sayangkan aku, dah pulang lambat ni bapak mana yang tak risau..ntah naknya pi mana ..ntah kena apa, ntah orang bawa lari ke, ntah apa2 jadi ke...
Tapi sekarang bapak aku dah tak ada..dah 15 tahun dia pergi meninggalkan kami .
Dan sesungguhnya aku amat2 rindukannya, kalau masa boleh diputar kembali aku inginkan emak dan bapak aku semula...banyak yang aku ingin perbaiki, banyak yang aku ingin berikan pada mereka, banyak yang ingin aku sampaikan..aku nak berbudi pada mak dan bapak aku.......
Sebenarnya emak aku yang pergi dulu, masa tu umur aku baru 8 tahun, memang tengah bermanja orang kata, pi mana pun pasti dia bawa aku..korang dapat bayangkan tak bila saat2 aku tengah bermanja tiba2 mak aku pergi buat selamanya..sangat2 sedih, aku cam tak boleh terima kenyataan ..pelajaran aku terus merosot..dari dapat no 1 terus jatuh no berbelas2..cikgu hari2 pujuk aku, mereka faham kesedihan aku..
Pernah satu ketika masa cuti sekolah kakak aku yang sulung bawa aku pergi rumah dia, masa tu dia duduk sekali dengan mak mertuanya. Kat situ aku kenal dengan sorang kawan,ingat lagi namanya Atiah..dia pernah bawa aku pergi rumah dia, dekat2 situ juga.. dan lepas tu boleh dikatakan sepanjang aku kat umah kak aku tu, selang dua hari aku akan ulang ke rumah kawan baru aku tu. (Agaknya diaorang pun nyampah tengok aku pergi kerap sangat kan) tapi aku budak masa tu, manalah aku tahu kalau orang benci pun..tapi aku pi tak lama sekejap-sekejap je..sampai dia cam hairan kot kenapa aku cam tetiba nak rapat dengan dia. Sebenarnya aku ada rahsia, aku malu nak beritahu sesiapa pun tapi hari ni aku nak beritahu semua..sebenarnya aku pergi rumah dia sebab aku nak tengok mak dia..sebab bagi aku wajah mak dia seiras wajah mak aku!! bila tengok mak dia hilang sikit rindu kat mak aku..korang fahamkan..
Tapi aku tak boleh pergi selalu, tak boleh tengok mak dia selalu sebab bila buka sekolah aku kena balik umah aku..apalah dayaku waktu itu.
Kalau cam sekarang ni..taulah apa aku nak buat, siap aku nak amik mak dia jadi mak angkat aku lagi!
Bapa aku pula meninggal masa umur aku 26 thn, masa tu aku tengah bertunang , walaupun aku dah bekerja, dah boleh banyak membantu dari segi kewangan, tapi tak cukup rasanya, banyak lagi yang ingin aku berikan bukan hanya dari segi kewangan, tapi aku tak sempat..
Walaupun bapak aku bukanlah yang terbaik tetapi dia dah banyak berkorban untuk kami. Bapak sanggup tak kahwin lain selepas mak aku meninggal, rasanya kalau orang lain paling kuat pun 3-4 bulan bini meninggal dah congak2 nak cari bini baru tapi bapa aku tak, agaknya bapa takut kami kena dera kalau dia kawin lain..ntahlah. Tapi yang pasti bapa aku memang tak kawin lain, dia bela kami adik beradik dengan seribu kepayahan.
Adik beradik kami seramai 7 orang .kakakku yang sulung je yang dah kahwin, abang yang no 2 baru kerja, lain2 masih sekolah..abang yang ke tiga ( tingkatan 5), kakak yang no 4 masa tu sepatutnya naik tingkatan satu tapi terpaksa berenti sekolah sebab adikku yang kecil (8 bulan) takde orang jaga, jadi dia yang kena ambil alih tugas arwah emak. bayangkan umur 13 tahun dah kena ngasuh adik yang umur 8 bulan,abang aku yang no 5 (11 tahun) dan aku masa tu 8 tahun..masak makan untuk keluarga, dengan kerja2 rumah lagi..kesian kakak.
Dulu kami sangat2 susah..lengkaplah dengan pekej kesusahan tu..dapur kayu, mandi perigi, rumah bocor sana sini, pakaian ala kadar nak dapat baju baru sangatlah susah, makan pun kadang2 tak berlauk...sobs.....mujurlah kat kampung banyak ulam-ulaman, jadi ikut kreativiti kakak akulah nak olah ulam-ulaman tu jadi macamama, samada buat ulam, masak lemak pucuk ubi, masak lemak kangkung, goreng kankung..kadang2 makan nasi gaul dengan minyak bekas goreng lauk je..korang ada? hehe...
Tapi aku bersyukur, kepayahan itu lah yang membuatkan kami kuat semangat, tak mudah mengalah, tak goyah dengan dugaan, membuatkan kami pandai bawa diri dan pandai berdikari.
Sesungguhnya Allah swt menguji hambanya , dan Dia tidak akan memberi ujian diluar kemampuan hambaNya. Dan sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada rahmat yang tersembunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan