Selasa, 27 Mac 2012

RahmatMu terlalu luas..

Siapalah kita di bumi Allah ini, insan yang kerdil ,lemah dan tidak berdaya. Apa juga yang kita lakukan semua adalah dengan izinNya..tidak terlepas satu apa pun..

Ya Allah..kadang2 aku khilaf, alpa pada perbuatan yang ternyata silap.  Apa yang disangkakan benar adalah sebaliknya, mata hati dikaburi oleh pemikiran songsang yang ternyata memburukkan lagi keadaan.

Terima kasih Ya Allah..kerana kau hadirkan kesedaran itu disaat-saat aku perlu, Kau hadirkan dia untuk menerangkan kegelapan hatiku..merungkaikan kekusutan dan menghamparkan permaidani keinsafan agar dapat ku lalui dengan yakin dan tenang..segalanya adalah rahmatMu..

Tiba2 mataku terbuka, melihat di kiriku segala kekalutan dan kekusutan, dan dikananku jalinan2 jawapan yang terang dan teratur, menunggu aku mengakui kebenarannya.
 
Ya Allah sesungguhnya rahmatmu terlalu luas..     

Tiada ulasan: