Khamis, 23 Februari 2012

Dulu awak ambik lesen terbang ke

Sakit betul ati aku pagi ni, ingatkan cuaca yang sejuk dan nyaman kesan daripada hujan yang turun semalam ni akan terus sejukkan ati aku sepanjang ari ni rupa2nya tidak..

Alkisahnya,,.masa nak datang keja tadi. sedang elok je aku drive tetiba aku perasan keta belakang dok bagi lampu kat aku, lip lap..lip lap...adalah dekat 4,5 kali. Mula tu aku cuak juga kot2 ada yang tak kena dengan keta aku, pintu tak rapat ke, bonet renggang ke..ada barang tertinggal atas bumbung keta ke..biasalah aku ni kadang2 terlupa, dan benda2 tu semua boleh terjadi.

Tapi bila aku tengok balik melalui cermin pandang belakang tu aku rasa pelik juga, dengan cara pemanduan dia yang kelam kabut dan dok cucuk2 keta aku ni..ooh baru aku faham, dia nak potong aku rupanya...atau lebih tepat lagi nak suruh aku kasi dia jalan dulu..

Aku ni takde masalah nak kasi kau jalan dulu tapi masalahnya kau nak suruh aku masuk lorong mana untuk kasi jalan kat kau , mangkuk ayun betullah! Jalan ni ada 2 lorong je, lorong kanan dah berderet dengan keta yang nak buat U turn, tinggal satu lorong ni je lah..kau kena fahamlah dalam keadaan ni  macamana orang nak bagi jalan kat kau..takkan kau nak suruh orang berenti pastu bagi laluan untuk kau jalan dulu. Kalau kau bagi lampu 50-60 kali pun keadaan tetap sama .lainlah kalau kau tu ambulan ke, bomba ke, polis ke yang memang dah sah2 ada hal kecemasan..ni kau pun sama cam aku juga nak ke destinasi masing2, naik pun keta kelisa sama cam aku juga..apa yang hebat sanagt. Kalau kau naik keta BMW 5 series sekalipun kau tetap kena ikut peraturan..lainlah kalau kau letak hazard light sekurang2nya orang tahu kau ada kecemasan, ada orang nak beranak ke..kau  nak terberak ke...ada juga inisiatif orang nak bagi kau jalan dulu, ini tak. Jadi nak tak nak kau kena sabarlah sampai lepas traffic light depan tu barulah ada ruang untuk kau potong ok.

Ya Allah tak faham aku. Lagi satu jenis bila nak masuk simpang tak bagi signal..kita ni sabar je tunggu bagi dia lepas dulu..tiba2 dia bantai kona masuk simpang..aduh..benda2 ni lah yang membuatkan mulut aku cabul nak maki orang. Padahal bukan susah pun kau nak bagi signal, dengan hanya satu sentuhan je..

Ada pulak jenis yang nak keluar ke jalan besar..terus menonong je masuk..yang kita ni tengah laju tak pasal2 je kena brek sampai anak kat belakang terantuk, abih berterabur barang2,... Apalah bangangnya, dulu ambik lesen tak belajar undang2 ke, tak pun ambik lesen terbang? Jadi pemandu ni kena berhati2, leka sikit je siaplah..kalau kita tak cari pasal dengan orang, orang yang cari pasal dengan kita. Aku ni boleh bersabar kalau jalan jem ke, ada kemalangan ke, orang buat jalan ke, tapi bukan dengan pemandu yang kurang ajar macam ni.

Aduh..tak pasal2 dah hilang keanggunan aku pagi2 ni, uhh...ni nak kena coolkan balik diriku ini..cam ne ni..?  Err..ada sape2 nak belanja pizza ke?...

1 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

i selalu kena tau...tang simpang nak keluar dr rumah...

kita punya la tunggu elok ja...dia kona buat bodo ja tak bg signal apa...hareemmm sungguh...

pizza?skg ada tawaran 50% jom2..